Tuesday, June 29, 2010

Ziarah Qubur, Daging Qurban, Nabiz


الحديث الثالث

عَنْ بُرَيدَةَ قَاَلَ قاَلَ رَسُولُ الله

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ فَزُورُوهَا وَ نَهَيتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الأَضَاحِى فَوْقَ ثََلثٍ فَاَمْسِكُوا مَابَدالَكُمْ وَنَهَيتُكُمْ عَنْ النَبِيْذِ اِلاَّ فِي سَقَاءِ فَاَشْرِبُوا فِي الأَسْقِيَة كُلَّهَا وَلا تَشْرِبُوا مُسْكِراً

(رَوَاهُ مُسلم)

Daripada Buraidah r.a beliau berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w;

“Daku telah melarang kalian (sebelum ini) dari menziarahi kubur maka ziarahilah (sekarang) dan aku telah melarang kalian dari (menyimpan) daging kurban lebih dari tiga hari, maka simpanlah selama yang kamu mahu dan daku telah melarang kalian dari (minum) Nabiz (air peraman/rendaman buah atau jus) melainkan dari bekas kulit maka sekarang minumlah ia dari segala jenis bekas dan janganlah kalian minum minuman yang memabukkan”

(Hadith Riwayat Muslim)

Syarah Hadith

1. Nabi melarang menziarahi qubur pada awalnya adalah kerana masih terdapat unsur-unsur amalan jahiliah dalam adat istiadat dan upacara resam mereka. Ini bertepatan dengan kaedah ushul fiqh.

“ Dafu’l dhoror ahammu min jalbil manfa’ah “

Menolak kemudharatan / keburukan adalah lebih penting dari mengambil manfaat / kebaikan.

2. Tegahan menyimpan daging kurban lebih dari 3 hari hanya berlaku pada tahun tersebut sahaja. Ini kerana tahun tersebut berlaku kesempitan sumber makanan (ekonomi) keatas kaum muslimin.

3. Suruhan Nabi s.a.w minum hanya daripada bekas terbuat dari kulit kerana kulit melambatkan proses pemanasan matahari dan meminum air dari bekas kulit juga merupakan satu nikmat kerana minuman menjadi sejuk dan nyaman serta melambatkan proses air rendaman buah-buahan atau bijian (atau perahan) yang tersimpan menjadi arak.

Bab Ziarah Qubur

Ziarah qubur adalah SUNNAT bagi lelaki dan MAKRUH bagi perempuan. Hukum ini untuk semua qubur kecuali qubur Nabi.s.a.w. Dan HARUS berziarah bagi perempuan sekiranya mereka pergi bersama lelaki yang jadi muhrimnya dengan beberapa syarat dibawah;

1. Tidak mendedahkan aurat

2. Tiada percampuran lelaki dan wanita bukan mahram

3. Tiada ratap tangis / meraung

4. Tiada perkara-perkara bid’ah

Sekiranya terdapat perkara-perkara diatas maka ziarah bersama muhrim itu Harus, namun hukumnya MAKRUH. (Dalam kondisi ini dakwah dan nasihat menasihati memainkan peranan utama)

Kata Al-Imam Nawawi rah.a

Ziarah ada beberapa sebab..

I. Untuk mengingati maut dan akhirat

II. Untuk berdoa kepada si mayat

III. Untuk hasilkan berkat, ini hanya berhasil pada qubur para kekasih Allah dan para sahabat Nabi sahaja.

IV. Tunaikan hak kawan dan sahabat (muslim)

Adab Ziarah Qubur

1. Beri salam ketika sampai,sekurang-kurangnya;

“ Assalamua’laikum ya ahlal qubur muslimin..”

2. Berdiri mengadap qubur.

3. Baca al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Baca juga awal surah Al-Baqarah (1-5) dan akhir surah Al-Baqarah.

4. Tunggu hingga selesai majlis pengkebumian.

5. Menemani disisi kubur barang sebentar (Sunnah beramal dengan Talqin,berdoa dan diperbolehkan membaca Quran ketika itu serta menginsafi diri sendiri dengan syarat ia tidak berlarutan sehingga menjadi amalan tetap/wajib bagi majlis pengebumian)

6. Menjauhi dan meninggalkan amalan bida’ah dan adat resam yang tidak dibenarkan syariat.



NUKILAN : KULIAH ILMU HADITH

OLEH : USTAZ FIRDAUS B. MD ALI

TEMPAT : DEWAN PENGAJIAN REINSAN CENTRE

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts