Friday, May 20, 2011

KOPI PERISA KHINZIR

Didakwa jual kopi ada DNA babi

KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.


Wednesday, May 18, 2011

Roti DNA Babi


DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.
Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.
Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.
Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.
"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut kenyataan itu.

Monday, March 28, 2011

HUKUM HISAP SHISHA

hukum disebalik mengisap shisha

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat Kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, ASAP tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar IA tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa IA selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar Dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke Hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau Dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika Dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau Dan arang.
Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala Dan bahagian bawah Dan kebiasaannya IA diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya IA diisikan dengan air tetapi kadang kala IA juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
Hos Dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut ASAP keluar daripada alat shisha tersebut.
Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, Ada yang mempunyai hos Dan alat penyedut yang lebih dari satu Dan boleh dikongsi berdua atau lebih Dan juga perbezaan pada bentuk Dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria Dan lain-lain) IA dikenali dengan nama narghile, di Mesir Dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula IA dikenali sebagai shisha atau goza Dan di India IA dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali Dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal Dan‘ajami . Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan Dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah Dan melekit Dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis Dan nyaman seperti bau buah-buahan Dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering Dan lebih asli. Sebelum digunakan IA perlu dicampurkan dengan air sehingga IA boleh dicanai atau dibentuk Dan harganya lebih Mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama Ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian ASAP tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut ASAP daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut ASAP daripada tembakau tetapi juga ASAP daripada arang, yang masing-masing mengandungi bahan kimia Dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya Dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada ASAP yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), Dan ASAP yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung Dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala ASAP daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau Dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu IA juga mengandungi hidrokarbon (benzene Dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing Dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan Dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko Dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO Dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok Dan juga orang lain yang terdedah kepada ASAP tembakau tersebut.

Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.

Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.” (Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah:

“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

“Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:

Tafsirnya: “Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.” (Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

PLASTIK MEMBUNUH!

BAHAYA PLASTIK

Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dalam kenderaan, permainan kanak-kanak, pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat perubatan dan banyak lagi - tidak mampu disenaraikan semuanya sekali. Plastik diperolehi secara murah, dan ia memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, mudah dibentuk malah ia lebih ringan berbanding logam. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan.

Malangnya penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini.
Ia juga mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus, maka ia tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk. Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau gelas.

Minuman botol yang didapati di pasaraya hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman. Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, ia belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.

Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya! Tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Selsius. Dengan kadar suhu 25 Selsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser. Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir menambah burukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, ia masih tidak mengharamkan penggunaan bekas plastik terhadap orang awam.

Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia dan belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah dengan adanya plastik. Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau kilang membuat plastik!


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC)

Wednesday, March 16, 2011

RADIOAKTIF MENCACATKAN KELUARGA

KESAN-KESAN RADIOAKTIF KEATAS  KESIHATAN 
Kesan kesihatan sesuatu dos sinaran bergantung kepada beberapa faktor, termasuk - mangnitud dos yang diserap - jenis sinaran - kuasa penusukan sinaran - kepekaan sel & organ penerima - kadar dos yang dikenakan - kadaran sel, organ & tubuh manusia yg terdedah.

Apabila partikel alfa & beta dan sinaran gamma menembusi sel hidup, @ bahan lain, ia memindahkan tenaganya melalui satu siri perlanggaran dengan atom @ nukleus bahan penerima. 

Banyak molekul menjadi rosak dalam proses ini, apabila ikatan kimia dipecahkan dan elektron hilang (pengionan). 

Lebih tinggi pengionan diamati, maka lebih tinggi keamatan kerosakan biologi ke atas sel.

Kesan biologi dari penembusan ini boleh dikelaskan sebagai somatikdan genetik. 

Kesan somatik adalah impak kepada individu yang terdedah secara langsung kepada sinaran & merangkumi kerosakan kepada sistem peredaran, karsinogenesis, penyusutan fungsi organ & kematian sel. 

Kesan genetik berlaku kerana sinaran mengion merosakkan bahan genetik sel dan boleh menyebabkan pemecahan kromosom. Kesan genetik tidak kelihatan kepada individu yang menerima sinaran, tetapi dipindahkan kepada anak dan keturunannya.

Penyakit sinaran (gangguan sistem peredaran, loya, kehilangan rambut) & kematian adalah kesan somatik akut yang berlaku selepas dedahan yang tinggi spt drpd bom nuklear @ terapi sinaran yang intensif. 

Setakat ini, tdk ada kematian akibat sinaran drpd kemalangan loji penjana elektrik, w/pun kemungkinan berlaku kemalangan mungkin ada.

Bagi manusia, adalah dianggarkan satu dos sinaran gamma sebanyak 400 hingga 500 rad yang dikenakan ke bahagianutama badan dalam masa yang singkat akan mengakibatkan kematian dalam masa beberapa bulan. Kebanyakan mamalia menunjukkan darjah kepekaan yang sama kepada LD50 (dos maut yang mengakibatkan 50% kematian dalam masa 30 hari)

Dos yg lebih rendah ttp melebihi 100 rad, akan menyebabkan muntah2, diarea & loya kpd manusia; keguguran rambut biasanya boleh dilihat dalam tempoh 2 minggu selepas seseorang terdedah kpd 300 rad @ lebih. 

Kecuali berlakunya perang nuklear, hanya LET (kadar pemindahan tenaga linear) rendah perlu diberi perhatian sbg bahan pencemar

Haliza Abdul Rahman, PhD

KESAN RADIOAKTIF AMAT BURUK

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Menurut laman web atomicarchive.com, terdapat tujuh kesan yang berbahaya bila tubuh manusia terkena bocoran radioaktif.

1. Rambut: rambut akan menghilang dengan cepat bila terkena radiasi 200 Rems atau lebih. Rems merupakan unit bagi kekuatan radioaktif.

2. Otak: sel-sel otak tidak akan rosak secara langsung kecuali terkena radiasi berkekuatan 5000 Rems atau lebih. Begitu juga dengan jantung, radiasi membunuh sel-sel saraf dan pembuluh darah dan dapat menyebabkan kejang dan kematian serta merta.

3. Kelenjar tiroid: kelenjar tiroid sangat terdedah terhadap iodin radioaktif. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif dapat merosakkan sebahagian atau seluruh bagian tiroid.

4. Sistem Peredaran Darah: ketika seseorang terkena radiasi sekitar 100 Rems, jumlah limfosit darah akan berkurang. Gejala awal ialah seperti penyakit flu. Menurut maklumat kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan mungkin menghadapi risiko jangka panjang seperti leukimia dan limfoma.

5. Jantung: apbila terkena radiasi berkekuatan 1000 hingga 5000 Rems akan mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung berfungsi.

6. Saluran Pencernaan: radiasi dengan kekuatan 200 Rems akan menyebabkan kerosakan pada lapisan saluran usus, menyebabkan mual, muntah.

7. Saluran peranakan: saluran peranakan akan rosak dengan kekuatan di bawah 200 Rems. Dalam jangka panjang, mangsa yang terdedah akan mengalami kemandulan

Saturday, February 26, 2011

MAKANAN STUDENT AMAT BURUK

Pernah tak korang terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukan nya, lagi2 as a student, selalu tak ada masa nak masak, balik class penat, yang duduk hostel lagi la..nak masak mcmane kan..nampak je katil terus nak golek..bukan tu je, nama pun student, duit poket harapkan pinjaman, tak pun parents, terpaksa ikat perut kalau keadaan mendesak..nak tak nak terpaksa beli makanan segera yang mudah di masak and murah..

MI SEGERA

Mi segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas.Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) di dalam mi tersebut yang membolehkannya tahan lama.Jika korang makan mi itu hari ini, dan korang teringin makannya lagi, pastikan korang makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk hadam. Dan bayangkanlah jika korang makan mi segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul di dalam perut korang .Ini boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

SARDIN

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

3 IN 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seseorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 garam,terdapat 55.6 peratus kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % dengan dua sudu teh gula.Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer kerana bahan penambah rasa tu diminati pengeluar minuman terbabit.

PANADOL

Panadol adalah bertoksik kepada tubuh manusia. Ia merosakkan organ hati. Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak korang ambil, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan korang. Bererti korang perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika korang terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup korang, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang korang alami dan korang perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Korang sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

HEMPEDU ADA KERIKIL

Pengenalan

Hati menghasilkan hempedu, sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil (duodenum).

Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik, duktus hempedu biasa dan memasuki duodenum di mana ia akan memecahkan lemak yang ada dalam makanan.

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini mengambil masa selama beberapa tahun bermula dari saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir hingga sebesar bola golf. Permukaan batu tersebut ada yang licin dan ada yang tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Jenis-Jenis Batu Karang Hempedu
Batu karang hempedu berkolestrol – berwarna kuning. Mungkin juga ada bahan lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). 80% dari kes batu karang hempedu dari jenis ini.
Batu karang hempedu berpigmen – berwarna coklat gelap atau hitam. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah dan membentuk duktus sendiri. Jarang berlaku.

Simptom-Simptom
Rasa senak yang kronik dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen.
Kesakitan ini mungkin berlaku selama 1 hingga 2 jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.
Rasa sakit ini memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam.
Serangan bermula di bahagian tengah dan atas abdomen dan kadangkala menular ke belakang atau bahu kanan.
Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama 1 hari atau lebih.
3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan disertai dengan demam panas.

BATU KARANG HEMPEDU
Faktor-Faktor Risiko
Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun temurun. Ia mudah terjadi kepada golongan tertentu sepeti berikut:

Wanita di antara umor 20 dan 60 tahun berisiko 2 kali ganda lebih dari lelaki.
Mereka yang obes atau memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang tinggi.
Mereka yang mengambil diet yang rendah kalori dan cuba untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Keadaan ini akan menggangu sistem kimia tubuh dan menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut dan menghasilkan cecair dalam kuantiti yang tidak mencukupi.

Diagnos
Perubatan moden mengesan tanda-tanda kehadiran batu karang hempedu dengan ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer.

Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata dan memeriksa abdomen secara palpasi untuk melihat samada ia terasa sakit bila disentuh. Sekiranya didapati positif, pemeriksaan lanjutan ujian darah akan dilakukan untuk mengetahui tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan
Pembedahan – samada pembedahan kecil atau pembedahan terbuka.
Bukan pembedahan – samada dengan pengambilan pil garam hempedu untuk melarutkan batu-batu kolestrol yang kecil atau melalui terapi gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang.
*Nota – melalui cara rawatan di atas, kemungkinan untuk batu karang hempedu terjadi semula adalah tinggi sekiranya pesakit tidak mengambil ubat ursodial (pil garam hempedu) secara berterusan.

(petikan daripada ruangan kesihatan keluaran mingguan malaysia 12 november 2006 oleh shafinaz sheikh maznan dengan kerjasama dr abd hamid mat sain, pakar runding bedah am dan laparoskopik, columbiaasia medical centre, seremban, negri sembilan.

Wednesday, February 23, 2011

KAPSUL GELATIN KHINZIR - Sihat Badan Rosak Islam

Di Indonesia, gelatin masih merupakan barang import, negera pengimport utama adalah Eropah dan Amerika. Menurut data BPS 1997, secara umum terjadi pemanfaatan dalam industri makanan dan farmasi. Dalam industri farmasi, gelatin digunakan sebagai bahan pembuat kapsul. Dalam industri makanan, gelatin pun sekarang marak digunakan. 

Gelatin adalah produk alami yang diperolehi daripada hidrolisis separa kolagen. Gelatin merupakan protien yang larut yang boleh bersifat sebagai 'gelling agent' (bahan pembuat gel) atau sebagai non gelling agent. Sumber bahan baku gelatin dapat berasal dari lembu (tulang dan kulit jangat), babi (hanya (kulit) dan ikan (kulit). Kerana gelatin merupakan produk alami, maka diklasifikasikan sebagai bahan makanan bukan bahan tambahan makanan. 

Menurut data dari SKW Biosystem sebuah syarikat gelatin multinasional bahawa produk gelatin dunia pada tahun 1999 sebanyak 254.000 ton terdiri daripada sumber kulit jangat sapi sebanyak 28.7%, kulit babi sebanyak 41.4% serta sumbangan tulang lembu sebesar 29.8%, dan selebihnya dari ikan. 

(Lembu adakah disembelih cara Islam??)

Gelatin komersial yang ada di pasaran dikategorikan sebagai gelatin jenis A dan jenis B. Pengelompokan ini berdasarkan jenis prosesnya, iaitu proses perendaman asam dan alkali. Proses perendaman asid menghasilkan gelatin jenis A dan perendaman alkali menghasilkan gelatin jenis B. Gelatin jenis A umumnya berasal dari kulit babi  yang mempunyai titik isoelektrik (titik pengendapan protein) pada PH yang lebih tinggi (7.5 - 9.0) dari PH isoelektrik gelatin jenis b (4.8 - 5.0). Sedangkan gelatin jenis B biasanya berpunca daripada kulit jangat sapi dan tulang lembu. Sedangkan gelatin ikan dikategorikan sebagai gelatin jenis A. dalam perkembangannya, proses pembuatan gelatin yang berasal dari tulang dapat dilakukan juga dengan menggunakan cara asam yang lebih sederhana yang akhirnya juga menggeser PH isoelektrik pada sekitar 5.5 - 6.0. 

Secara ekonomis, proses asid lebih disukai dibandingkan dengan proses alkali. Hal ini kerana perendaman yang dilakukan dalam proses asid relatif lebih pendek iaitu (3-4 minggu) berbanding dengan proses alkali (sekitar 3 bulan). 

Setelah mengalami perendaman bahan dineutralkan untuk kemudian diekstrak dan dipekatkan (evaporasi). Bahan yang telah mengalami pemekatan dikeringkan untuk kemudian mengalami proses penggilingan atau penghancuran menjadi partikel yang lebih kecil atau sesuai dengan standard tertentu. 

Pemanfaatan Gelatin 

Dari data SKW biosystem, penggunaan gelatin dalam industri non pangan sejumlah 100,000 metrics tan digunakan dalam industri pembuatan film foto sebanyak 27,000 tan, untuk kapsul perisian sebanyak 22.600 ton, untuk pengeluaran sarung capsul (Hadr capsul) sebanyak 20.200 ton serta dalam dunia farmasi dan teknikal sebanyak 12.000 ton dan 6.000 ton. 

Global gelatin dalam industri makanan masih menurut sumber di atas adalah sebanyak 154.000 metrics tan, di mana penggunaan terbesar adalah industri konfeksioneri iaitu sebanyak 68.000 ton selanjutnya untuk produk jelli sebanyak 36,000 tan. Untuk industri daging dan susu mempunyai jumlah penggunaan gelatin yang sama iaitu sebanyak 16,000 ton dan untuk kumpulan produk low fat (seperti margarin) dan makanan fungsional (food supplement) memberi sumbangan penggunaan gelatin yang sama iaitu sebanyak 4,000 tan. 

Aplikasi sejumlah gelatin (254.000 metrics tan, 1999) dalam industri makanan (60%) dan non makanan (40%), dikontribusikan oleh gelatin yang bersumber dari babi sebanyak 40% dan lembu (termasuk tulang dan kulit) sebanyak 60%. Pada industri pangan jumlah penggunaan gelatin yang disumbangkan oleh babi sebanyak 27% dan dari lembu sebanyak 33%. Sedangkan untuk industri farmasi yang menggunakan gelatin yang berasal dari babi sebanyak 7% dan yang berasl dari lembu sebanyak 12%. 

Jika ditinjau dari selisih peratusan sumbangan gealtin lembu dan babi dalam industri makanan maupun farmasi peratusan tersebut bukan merupakan selisih yang cukup besar berbanding dengan presentase pelanggan muslim yang hanya boleh menggunakan gelatin yang bersumber dari lembu. 

Gelatin dan Alternatifnya 

Gelatin disebut 'miracle food'. Hal ini disebabkan kerana gelatin memiliki fungsi yang masih sukar digantikan dalam industri makanan maupun ubat-ubatan. Salah satu keunggulan yang paling terkenal adalah boleh memiliki sifat 'melting in the mouth'. Ini sifat yang paling disukai oleh hampir semua pengusaha industri pangan (makanan). 

Namun demikian, tidak bererti gelatin sama sekali tidak boleh digantikan dalam industri pangan maupun farmasi. Global hidrokoloid yang bersumber dari tanaman sudah banyak dikembangkan dalam rangka menggantikan peranan gelatin. Sungguhpun setakat ini hasilnya tidak sesempurna gelatin, tapi sudah cukup memadai. Misalnya ada sebuah syarikat gula-gula chewy yang dulunya menggunakan gelatin, sekarang telah mendapat sijil Halal MUI selepas menggantikan gelatin dengan beberapa sumber hidrokoloid. Jadi, walaupun hasil akhirnya tidak serupa, peranan gelatin boleh digantikan dengan menggabungkan beberapa sumber hidrokoloid. Dan penggunaannya bersifat aman dalam konteks kehalalan kerana berpunca dari tanaman. Selain itu alternatif lain yang saat ini masih terus dikembangkan adalah gelatin yang bersumber dari ikan. 

Sumber: Jurnal Halal LP POM MUI
http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts