Thursday, July 15, 2010

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Menggesa JAKIM Menarik Balik Semula Sijil Halal Yang Diberikan Kepada Mana-Mana Syarikat Memberi Sumbangan Kewangan Kepada Zionis

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menarik balik mana-mana sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk-produk daripada syarikat yangmemberi sumbangan wang, membantu atau melindungi zionis atau yang jelas mempunyai kepentingan Yahudi. Kami merasakan janggal bagi syarikat yang mempunyai pengiktirafan sijil halal, mendapat manfaat dan keuntungan yang besar sebaliknya memberi sumbangan kepada aktiviti yang menghina Islam dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.


Seharusnya, syarikat umat Islam harus sensitif kepada penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang zalim lagi kejam sebagaimana yang kita saksikan baru-baru ini.Disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri dan takut untuk menggunakan kekuatan yang ada, menyebabkan pihak musuh memijak kepala tanpa sebarang segan dan silu.

Sehubungan dengan itu, buat permulaan ini, adalah dicadangkan di antara produk-produk yang dikenalpasti mempunyai kepentingan/ membantu Zionis Israel secara terang-terangan ialah seperti Colgate, Coca-Cola dan Starbucks. Bagi pihak PPIM, membeli produk-produk yang memberi sumbangan kepada puak Zionis samalah seperti menyokong Yahudi untuk membeli senjata untuk membunuh saudara Islam kita di Palestine dan juga merosakan keamanan serta menghancurkan kemanusiaan.

Sesungguhnya, PPIM memandang serius tindakan kejam zionis Israil terhadap aktivis-aktivis keamanan yang membawa pelbagai barangan bantuan untuk penduduk Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia antaranya dari Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan Lifeline For Gaza (LL4G).

Justeru itu, PPIM menggesa masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan terhadap aktivis keamanan kita yang akan terus berjuang untuk Gaza dengan melakukan jihad ekonomi terhadap Zionis Israel dan sekutunya dengan memboikot barangan mahupun produk yang mempunyai kepentingan yahudi.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts