Tuesday, June 29, 2010

Rambut Panjang

Misykatul Mashabih

Bab Al-Asma’ Al-Nabi wa Sifaatihi s.a.w

(ms/514)


Hadith Muslim : sya’ruhu yadhribu mankibaihi..”

“ rambut Baginda memukul (sampai / mencecah) kedua bahunya..”

Syarah Misykat : Dalam Majma’ Al-Bukhari terdapat ikhtilaf riwayat berkenaan paras rambut Rasulullah s.a.w.

Sebab Ikhtilaf : 1. Kerana berbeda waktu. Adakala Baginda s.a.w terlupa atau terlalu sibuk dengan tugas-tugas kenabian, maka saat itu rambut baginda melebihi cuping telinga dan memukul bahu. (Kalau tangan tidak sampai kepada sesuatu ia tidak dinamakan memukul)

2. Atau benar-benar kerana Nabi s.a.w ingin menyimpan dan membiarkan ia panjang

Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kelantan 1993

“..sesetangah riwayat, rambut Rasulullah s.a.w panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai ke cuping, dan setengahnya sampai kebahu”

Hal ini kerana berbeza waktu mengunting/memotong rambut oleh baginda dan berbeza individu yang melihat lalu merawikan hadith.

Gaya-gaya rambut seperti “soldier cutted” yang dipotong oleh kebanyakan orang awam dikedai-kedai adalah lebih berat hukumnya dari memanjangkan rambut tetapi belum menyerupai perempuan kerana sabit hadith yang melarang melakukan ‘Qaaz” mencukur (termasuk memendekkan) satu bahagian dan membiarkan panjang sebahagian yang lain sedangkan tiada hadith yang menyebut larangan memanjangkan rambut melebihi paras bahu secara sarih (jelas) melainkan larangan yang datang atas jalan “..tahrimuhu litahrimi syai in” atau “..ma adda ilal haram fahua haram” dlln.

Sabda Nabi s.a.w; “..cukur semua atau tinggalkan ia (rambut) semua”

Al-Mughni :

“ ..dan adalah disukai rambut manusia itu mencontohi Nabi s.a.w; apabila panjang ia sampai kebahu dan apabila ia pendek sampai kecuping telinga.Kalau dipanjangkan maka tidak apa-apa.Imam Ahmad telah menyatakan seperti yang tersebut ”

Kata Syeikh Ulwan :

“..nabi s.a.w memanjangkan rambut ,namun baginda tidak berjalan dikhalayak umum dengan kepalanya terdedah, malah baginda mengenakan serban, iaitu mahkota kenabian dan syia’r Islam”

4 Perkara Asas Lelaki Ketika Memanjangkan Rambut

1. Kerana Allah atau sesuatu kemaslahatan ummah

2. Tidak menyerupai wanita dari segi panjang, dandanan yang terbiasa oleh wanita sehingga mengelirukan masyarakat.

3. Tidak kerana meniru Yahudi, Nasrani atau orang-orang fasiq seperti artis dlln.

4. Menjaga dan merapi sehingga tidak timbul ketidaksenangan dan keselasaan masyarakat.

walllahu'alam.

Pakaian Rasulullah s.a.w


عن بردة قال أخرجت الينا عائشة كساء ملبّدا و ازارا غليظا فقالت قبض روح رسول الله صلى الله عليه و سلّم في هذين

(متّفق عليه)

Dari Abu Burdah r.a. berkata

“ Hadhrat Aisyah r.ha telah mengeluarkan kepada kami sehelai kisa’ (cadar yang dijadikan baju) bertampung dan sehelai kain sarung yang tebal seraya berkata, “Telah diambil nyawa Rasulullah s.a.w didalam dua pakaian ini”

( Hadith Muttafaq ‘alaih)

Hadith ini menyatakan kepada kita tentang kesederhanaan hidup semulia-mulia manusia dan seagung-agung pemimpin dunia. Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada kita nilai kehidupan dunia dimata iman dan kesederhanaan melambangkan kerendahan diri yang paling tinggi. Kemajuan Islam serta kepesatan ekonomi saat itu juga tidak dapat disanggah oleh pemikiran hari ini yang dipenuhi nilai-nilai meterialisma serta tidak dapat menerima sifat kesederhanaan hidup Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda s.a.w.

BAB AL-LIBAS (ADAB BERPAKAIAN)

Hukum Berpakaian

Sekadar menutup yang fardhu dan menutup yang selebihnya berbeza hukum ada yang wajib ada yang sunat.

4 Syarat Berpakaian (Kod Muslim)

1) Tidak menyerupai bukan muslim

2) Bukan untuk takabbur

3) Tidak menyerupai lelaki atau wanita

4) Tidak bersusah payah atau takalluf dalam berpakaian

Pakaian Syari’e (Libas At-Taqwa)

Pakaian syari’e berdasarkan sifat taqwa adalah seperti yang ditunjukkan oleh golongan Ulama’ dan Sulaha’ (para solihin)

Menurut Al-Imam At-Tahawi martabat berpakaian itu ada 3 :

1. Dhorurat : Yakni tutupi apa yang dituntut syarak. Ini FARDHU.

2. Kerehatan : Seperti pakaian musim panas,musim sejuk dlln

3. Perhiasan : Berpakaian untuk kecantikan

1) Jika untuk izharkan nikmat ia adalah KETAATAN

2) Jika untuk kelazatan, ia adalah MUBAH (Harus )

3) Jika untuk kesombongan, ia adalah HARAM

4) Jika untuk menunjuk-nunjuk, ia adalah HARAM

Mengumpat

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Adakah kalian tahu apakah itu mengumpat?” Jawab para sahabat “ Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”

Sabda Nabi s.a.w lagi “ Mengumpat itu ialah kamu mengatakan sesuatu yang saudaramu tidak sukai”

(Riwayat Imam Muslim)


Al-Ghibah ( ) atau mengumpat ialah mengatakan sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang samada yang berkaitan keburukan dirinya,keluarga atau sahabat taulan yang hidup mahupun sudah mati, begitu juga tentang pekerjaan atau kehidupannya. Menurut sepakat Ulama’ Al-Ghibah adalah HARAM kecuali dalam beberapa hal:

1. Untuk mengelak dari kejahatan atau keburukan seorang yang fasiq (suka berbuat jahat)

2. Terhadap pemimpin yang zalim

3. Sebagai taktik menghindarkan orang ramai dari fitnah dan pembohongan pengamal bid’ah

4. Sebagai bidalan, misalan atau contoh teladan dalam nasihat dan maui’zhoh

5. Untuk mencari ke’adilan

6. Memberi persaksian dalam sesuatu kes

7. Ketika berada dalam urusan mesyuarat pernikahan atau pertunangan (khithobah)


Had Dan Sempadan Antara Kewajipan,Keharusan dan Keharaman Ghibah

Saudaraku, didalam mengamal dan mendakwahkan ilmu syariat,seharusnya ‘keutamaan,kebijakan dan moral’ wajib ditempatkan di kerusi hadapan.Kerana setiap martabat dan kedudukan sesuatu amalan mungkin sahaja berubah mengikut keperluan semasa dan kepentingannya.

Oleh itu dalam mengambil keharusan Al-Ghibah ini, ia tetap ada had dan sempadan.Kita bahagikan Al-Ghibah itu kepada 3 :

1) Wajib : Seperti dalam urusan pertunangan atau pernikahan. Sekiranya yang ingin di nikahi atau calon yang ingin menikahi mempunyai ke’aiban atau keburukan seperti kepapaan, muflis yang disembunyikan, ahwal diri yang dapat membawa kepada ketidakbahagiaan rumahtangga, rosak akhlak, fasiq,fajir dlln yang memberi kesan buruk kepada pihak yang berkenaan, maka di beritahu hal sebenar, bahkan ia adalah WAJIB samada seseorang itu diminta pandangannya atau tidak. (Namun begitu tertib melunasi kewajipan itu harus diikuti prinsip-prinsip syariat dan akhlaq Islam Itu sendiri)

2) HARUS seperti yang tujuh perkara diatas

3) HARAM seperti dalam peranggan pertama.


Tertib Dalam Umpat WAJIB dan HARUS

Contoh ucapan pemberitahuan dapat dilontarkan seperti berikut :


1) “Dia tidak sesuai untuk si fulan”. Jika mereka tidak mahu menerima kata berlapik seperti ini;

2) Katakan sekurang-kurang keburukan seseorang itu.

3) Kemudian sedikit demi sedikit sehingga mereka dapat menimbang dengan kebijakan. Kerana itu tidak harus secara langsung dituju dan dibuka terus akan keburukan seseorang itu.


NUKILAN : KULIAH ILMU HADITH

OLEH : USTAZ FIRDAUS B. MD ALI

TEMPAT : DEWAN PENGAJIAN REINSAN CENTRE

k

Ziarah Qubur, Daging Qurban, Nabiz


الحديث الثالث

عَنْ بُرَيدَةَ قَاَلَ قاَلَ رَسُولُ الله

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ فَزُورُوهَا وَ نَهَيتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الأَضَاحِى فَوْقَ ثََلثٍ فَاَمْسِكُوا مَابَدالَكُمْ وَنَهَيتُكُمْ عَنْ النَبِيْذِ اِلاَّ فِي سَقَاءِ فَاَشْرِبُوا فِي الأَسْقِيَة كُلَّهَا وَلا تَشْرِبُوا مُسْكِراً

(رَوَاهُ مُسلم)

Daripada Buraidah r.a beliau berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w;

“Daku telah melarang kalian (sebelum ini) dari menziarahi kubur maka ziarahilah (sekarang) dan aku telah melarang kalian dari (menyimpan) daging kurban lebih dari tiga hari, maka simpanlah selama yang kamu mahu dan daku telah melarang kalian dari (minum) Nabiz (air peraman/rendaman buah atau jus) melainkan dari bekas kulit maka sekarang minumlah ia dari segala jenis bekas dan janganlah kalian minum minuman yang memabukkan”

(Hadith Riwayat Muslim)

Syarah Hadith

1. Nabi melarang menziarahi qubur pada awalnya adalah kerana masih terdapat unsur-unsur amalan jahiliah dalam adat istiadat dan upacara resam mereka. Ini bertepatan dengan kaedah ushul fiqh.

“ Dafu’l dhoror ahammu min jalbil manfa’ah “

Menolak kemudharatan / keburukan adalah lebih penting dari mengambil manfaat / kebaikan.

2. Tegahan menyimpan daging kurban lebih dari 3 hari hanya berlaku pada tahun tersebut sahaja. Ini kerana tahun tersebut berlaku kesempitan sumber makanan (ekonomi) keatas kaum muslimin.

3. Suruhan Nabi s.a.w minum hanya daripada bekas terbuat dari kulit kerana kulit melambatkan proses pemanasan matahari dan meminum air dari bekas kulit juga merupakan satu nikmat kerana minuman menjadi sejuk dan nyaman serta melambatkan proses air rendaman buah-buahan atau bijian (atau perahan) yang tersimpan menjadi arak.

Bab Ziarah Qubur

Ziarah qubur adalah SUNNAT bagi lelaki dan MAKRUH bagi perempuan. Hukum ini untuk semua qubur kecuali qubur Nabi.s.a.w. Dan HARUS berziarah bagi perempuan sekiranya mereka pergi bersama lelaki yang jadi muhrimnya dengan beberapa syarat dibawah;

1. Tidak mendedahkan aurat

2. Tiada percampuran lelaki dan wanita bukan mahram

3. Tiada ratap tangis / meraung

4. Tiada perkara-perkara bid’ah

Sekiranya terdapat perkara-perkara diatas maka ziarah bersama muhrim itu Harus, namun hukumnya MAKRUH. (Dalam kondisi ini dakwah dan nasihat menasihati memainkan peranan utama)

Kata Al-Imam Nawawi rah.a

Ziarah ada beberapa sebab..

I. Untuk mengingati maut dan akhirat

II. Untuk berdoa kepada si mayat

III. Untuk hasilkan berkat, ini hanya berhasil pada qubur para kekasih Allah dan para sahabat Nabi sahaja.

IV. Tunaikan hak kawan dan sahabat (muslim)

Adab Ziarah Qubur

1. Beri salam ketika sampai,sekurang-kurangnya;

“ Assalamua’laikum ya ahlal qubur muslimin..”

2. Berdiri mengadap qubur.

3. Baca al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Baca juga awal surah Al-Baqarah (1-5) dan akhir surah Al-Baqarah.

4. Tunggu hingga selesai majlis pengkebumian.

5. Menemani disisi kubur barang sebentar (Sunnah beramal dengan Talqin,berdoa dan diperbolehkan membaca Quran ketika itu serta menginsafi diri sendiri dengan syarat ia tidak berlarutan sehingga menjadi amalan tetap/wajib bagi majlis pengebumian)

6. Menjauhi dan meninggalkan amalan bida’ah dan adat resam yang tidak dibenarkan syariat.



NUKILAN : KULIAH ILMU HADITH

OLEH : USTAZ FIRDAUS B. MD ALI

TEMPAT : DEWAN PENGAJIAN REINSAN CENTRE

HUBUNGI KAMI

Head Office
REINSAN CENTRE
(PUSAT PENGAJIAN ILMU ISLAM)
NO 5 SRI KLEBANG, A-13 BANDAR BARU SRI KLEBANG
31200 CHEMOR, PERAK
Tel : 05-291 4223
________________________________________

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

PENGETUA / PENGURUS
(Pusat Pengajian Ilmu Islam)
Ustaz Firdaus Bin Mohammed Ali
Tel: 013-510 1796

PENGURUS BESAR
En Abdul Munir Bin Ishak
Hp : 019-477 5701


Monday, June 28, 2010

Rawatan Untuk Masalah Wanita

PARAMARIA PLUS

RAMUAN


  1. PARAMERIA L. (AKAR SERAPAT)
  2. ARDISIA CRISPA (HERBA MATA PELANDUK)
  3. MORINDA ELIPTICA (MENGKUDU HUTAN)
  4. LABISIA POTHONIA (HERBA KACIP FATIMAH)
  5. CINNAMOMUM INNERS (TEJA LAWANG)
  6. LARAK HUTAN

KELEBIHAN RAMUAN

RAMUAN INI MENGANDUNGI KAYU SERAPAT (PARAMERIA LEAVIGATA) SEBAGAI RESIPI TERBAIK UNTUK WANITA.

POHON SERAPAT MENGANDUNGI MINYAK ASIRI CAUTCHOUC DAN GETAH PERCA YANG BERFUNGSI UNTUK MENGECUTKAN RAHIM.

RAMUAN BERSAMA HERBA LAIN MENJADIKAN PRODUK INI AMAT BAIK DIAMALKAN UNTUK TUJUAN AWET MUDA, MELAMBATKAN MENOPOUSE DAN MENCEGAH KANSER.

HERBA INI BOLEH DIAMALKAN OLEH WANITA BELUM BERKAHWIN BAGI MEMBETULKAN PERJALANAN HAID DAN KESEGARAN TUBUH

KHASIAT PARAMARIA PLUS KEPADA WANITA

  1. DAPAT MENGECUTKAN RAHIM PERANAKAN
  2. MELANCARKAN PERJALANAN HAID
  3. MENGUBATI SAKIT ANGIN DARAH
  4. MENGHILANGKAN SAKIT PINGGANG DAN TUMIT SERTA KELETIHAN
  5. AWET MUDA
  6. MENGHILANGKAN PENYAKIT KEPUTIHAN
  7. MEMBANTU MASALAH KESUBURAN

KESAN SELEPAS AMALAN PRODUK

ANTIPIRETIK – MENURUNKAN PANAS DAN BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAID

KARMINATIF – MENOLAK ANGIN DAN MENGHILANGKAN MASALAH LENGUH DAN KEBAS-KEBAS, SERTA MENGATASI MASALAH DINGIN DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

EMENAGOG – PELURUH HAID; MENGELUARKAN DARAH HAID HINGGA CUCI DAN MEMBETULKAN PERJALANAN HAID

SINERGI PARAMARIA PLUS

  1. KEPUTIHAN – PARAMARIA PLUS + HERBA KEPUTIHAN + LADY CHEER (PEMBERSIH KHAS WANITA)
  2. SENGGUGUT – PARAMARIA PLUS + HERBA SENGGUGUT
  3. MASALAH ANGIN – PARAMARIA PLUS + HERBA TUJU ANGIN
  4. SAKIT PINGGANG – PARAMARIA + HERBA TUJU ANGIN + HERBA RADIX
  5. SET WANITA LENGKAP – PARAMARIA PLUS + HERBA TUJU ANGIN + SPIRULINA + RADIX (KOPI RADIX) + LADY CHEER + MADU ASLI HPA
  6. MENGAMALKAN PERANCANG KELUARGA (KEMBANG URAT) – PARAMARIA PLUS + RADIX PLUS + TEH HERBA
  7. MASALAH KESUBURAN – PARAMARIA PLUS + HERBA SENGGUGUT + HERBA KESUBURAN + HERBA TUJU ANGIN + SPIRULINA + HERBA RADIX
  8. MENOPOUSE AWAL – AMALKAN SINERGI NO. 7 DI ATAS (INSYA ALLAH HAID KEMBALI PULIH DALAM MASA 3 BULAN 10 HARI)
  9. UNTUK ANAK GADIS – PARAMARIA PLUS + TEH HERBA + SPIRULINA + LADY CHEER
http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts