Monday, June 21, 2010

Di Lema Colgate Tidak Kesudahan

...... "Kerajaan China telah mengarahkan Colgate Total ditarik balik jualannya di China. Jakim melalui Halal On Line pula bersungguh-sungguh memperakui Colgate adalah Halal dan Selamat. Apakah kedudukan kita dalam perkara ini?. Dengar atau Tuli? APAKAH HARGA MARUAH KITA?" ........


COLGATE TIBA-TIBA JADI RAKAN BAIK JAKIM. SPONSOR PROGRAM KARNIVAL HALAL PULAK TU...


KENAPA KITA BERTINDAK BOIKOT? ISU DAN RASIONAL.

Pendirian PPIM dalam perkara mengenai boikot atau menyokong produk tertentu adalah jelas.

Para pengguna Islam tidak seharusnya menyokong produk atau syarikat yang antara lain:-

a. Tidak menghormati orang Islam atau masyarakat Islam. (tidak menggunakan bahasa yang boleh difahami, menekan produk Islam, tidak memberi bantuan, sumbangan seumpama zakat, adil kepada pekerja Islam dll);

b. Tidak prihatin terhadap perasan orang Islam( tidak menyediakan kemudahan seperti surau);
c. Tidak membawa sebarang menfaat kepada orang Islam( semuanya mengambil pembekal orang bukan Islam sahaja);

d. Yang menyokong musuh Islam;

e. Yang dimiliki musuh Islam;

f. Yang menindas orang Islam dan masyarakat Islam atau tidak bertanggung jawab kepada masyarakat atau kemanusiaan, kejam atau menipu atau tidak beretika.

Kita perlu ingat, kritiria memilih seharusnya bukanlah semata-mata kerana terdapatnya tanda halal sahaja.
Kalau kita hendak dihormati kita harus lepas daripada amalan semata-mata melepaskan keperluan dan mengambil jalan mudah sahaja. Ianya harus mendapat pertimbangan yang lebih mendalam seperti dengan pembelian kita adakah kita melemah atau menguatkan musuh atau manfaat kepada masyarakat Islam sendiri.

Sebagai umat Islam yang ketika ini amat lemah, ia harus menjadi prinsip dan tanggungjawab kita dan kita perlu berusaha untuk menyokong dengan mencari produk keluaran orang Islam sendiri sebagaimana bangsa-bangsa kuat dan berjaya di seluruh dunia menyokong produk keluaran orang mereka dengan bersungguh-sungguh. Ini telah menjadi kewajiban kita sesama Islam. Ini sudah tentu tidak mudah tapi setidak-tidaknya kita mencuba. Ianya merupakan satu perjuangan mengembalikan hak dan maruah kita. Ingat, perjuangan itu tidak mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang bersungguh-sungguh.

Di masa keadaan kita yang amat hina hari ini, sesuatu perlulah dilakukan untuk membawa perubahan dan perubahan yang paling penting bermula dengan kita sendiri. Itulah kekuatan kita. Kekuatan untuk memilih di mana kita hendak membeli. Hari ini, ini sajalah kekuatan yang tinggal di tangan orang Islam. Renunglah sebentar bukankah kitalah yang kebanyakannya memberikan kekayaan kepada perniagaan-perniagaan orang bukan Islam yang berjaya di Malaysia hari ini.

Di PPIM, dasar ini kami pegang kerana telah terlalu lama orang Islam dan mereka yang lemah ditekan, dibunuh, dan dianiaya oleh kuasa-kuasa tertentu terutama para kapitalis konco Zionis dan juga Yahudi Zionist sendiri yang sentiasa mengkaji kelemahan Islam. Masyarakat Islam amat lemah dan tidak mempunyai kekuatan kecuali kuasa kepenggunaan (dan perpaduan yang belum nampak!). Inilah satu-satunya kuasa yang harus diguna dengan bijaksana bagi menentukan kuasa beli ini (yang juga merupakan senjata) tidak terlepas kepada mereka yang memusuhi Islam.

Kami di PPIM tidak pernah menghalang urusan perniagaan antara bukan Islam tetapi ianya harus mempunyai landasan yang betul dan mesti membawa manfaat kepada masyarakat Islam itu sendiri dari aspek ekonomi dan juga agama.

Sehubungan dengan itu, boikot terhadap Colgate adalah didasarkan kepada beberapa perkara utama iaitu:-

i). Colgate telah beroperasi di Malaysia lebih 40tahun. Selama ini syarikat ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan sijil halal. Kenapa? Tidakkah menjadi prinsip syarikat-syarikat multinasional untuk menjaga hati pelanggan? Iklan yang berpuluh juta dibelanjakan bagi menguasai pasaran tetapi sijil halal tidak melebihi beberapa ribu tidak diambil. Apa susahnya kalau tiada apa yang hendak disorok? Tidakkah penting bagi sesebuah syarikatmenjaga imej dan keyakinan perasaan para pengguna Islam sedangkan jualan mereka di Malaysia lebih 600 juta setahun. Syarikat lain seperti Nestle bersungguh-sungguh berusaha mematuhi sijil halal kenapa tidak Colgate sedangkan untuk mendapatkan sijil halal tidaklah sesusah mendapatkan lain-lain sijil seperti HACCP atau ISO. Colgate juga angkuh tidak berminat untuk memperbetulkan keadaan dan memberi penerangan berkaitan keraguan ini;

ii. Bila isu halal ditimbulkan oleh PPIM tiba-tiba Colgate memperolehi sijil Thailand dari organisasi yang ditauliah oleh JAKIM. Sijil halal tersebut diperkukuhkan dengan cop JAKIM. Nampaknya setelah lebih 40 tahun barulah Colgate mengiktiraf kewujudan dan relevan JAKIM; apabila diperlukansedihnya kita orang Islam, seperti biasa digunakan apabila diperlukan sahaja!

iii. Kalaupun sijil halal Thailand boleh diterima oleh pengguna Islam, adakah ia melambangkan semua ubat gigi Colgate yang terdapat di pasaran adalah Halal? Apakah status ubat gigi Colgate yang dibuat di Vietnam, China dan Amerika? Adakah ini juga halal sedangkan Colgate yang dikeluarkan di Amerika disahkan oleh Colgate Amerika sebagai tidak Halal. Tidakkah ini amat mengelirukan para pengguna apabila sijil halal Thailand berserta cop pengesahan JAKIM ditampal di semua tempat Colgate dijual. Bukankah ini amat mengelirukan dan boleh memperdayakan para pengguna.?

iv. Baru-baru ini Kerajaan China telah mengarahkan Colgate Total ditarik balik jualannya di China.

Jakim Halal On Line bersungguh-sungguh memperakui Colgate adalah Halal dan Selamat. Apakah kedudukan kita dalam perkara ini. Kalau di China jualannya ditarik balik dan terdapat lambangkan Colgate Total di pasaran kita hari ini dan kita pula mengatakan ianya selamat. Agaknya orang Islam racun triclosan yang terdapat dalam Colgate Total bersifat Muslim friendly! Isu keselamatan makanan bukan isu main-main terutama apabila di endorsed sebagai selamat oleh JAKIM. Ia mesti betul bukan? Kami berharap kita tidaklah perlu berlumba-lumba untuk memperakui produk terutamanya yang terbukti tidak menghormati kita.

Jangan pula jika Bush mula jual Burger Bush Burger ramai negara Islam atau OIC berlumba-lumba mengiktirafnya walaupun daging lembu yang digunakan mungkin halal kerana Halal harus juga dilihat daripada perpektif agenda ekonomi dan maruah kita semua umat Islam.

Halal adalah kuasa ekonomi Islam jika kita cermat dan bijak menggunakannya..

iiv. Colgate menyumbang kepada ekonomi Thailand. Kerajaan Thailand menindas dan membunuh penduduk Islam Selatan Thailand.

Atas dasar itu, dengan kempen boikot yang kita laksanakan, kita ingin Colgate meletakan tekanan ke atas kerajaan Thailand supaya berlaku adil terhadap penduduk Islam. Ini hanya boleh berlaku apabila syarikat multinasional seperti Colgate merasa jualan mereka terjejas dan ini hanya terjadi jika umat Islam bersatu memboikot Colgate secara besar-besaran;

Akhir kata kita umat Islam harus sedar upaya tidak menyokong musuh Islam, bukan sahaja di medan peperangan. Hari ini keadaan umat Islam boleh disifatkan sebagai darurat. Janganlah kita lakukan sesuatu bagi tambah memperkasakan mereka dengan membeli produk mereka dan mereka yang kuat disebabkan sokongan kita sebaliknya menindas kita pula. Jika ini berlaku bermakna kita telah membelanjakan duit kita di jalan yang salah dan kita akan ditanya bukan saja di mana kita perolehi pendapatan kita tetapi juga di mana kita membelanjakannya.

Dalam nada yang sama, walaupunpun Coca-Cola mendapat sijil halal JAKIM kita masih boikot Coca-Cola kerana menindas penduduk Palestin dengan menyokong regim Israel sejak tahun 1960. Adalah tidak bijak ( tetapi tetap berlaku) apabila ada pejuang Palestin yang sedang melarikan diri dari operasi tentera Israel, dalam keadaan dahaga mencari Coca Cola sebagai pilihan minuman. Halusnya penguasaan musuh Islam terhadap Islam.

Jika kita tidak bijak kita akan terus membeli St. Micheal sebagai pilihan baju atau banyak lagi perbuatan kita yang boleh dikira sumbang.

Marilah kita bersatu dengan agenda yang jelas untuk mengembalikan hak dan maruah dengan bijaksana. Ingatlah sekali lagi kita tidak harus semata-mata melihat tanda halal sahaja, ia mempunyai banyak implikasi lain.Sokong hanya produk yang menghormati masyarakat Islam dan menyumbang kebaikan kepada kita!
__________________

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Menggesa JAKIM Menarik Balik Semula Sijil Halal Yang Diberikan Kepada Mana-Mana Syarikat Memberi Sumbangan Kewangan Kepada Zionis printer friendly <<>

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menarik balik mana-mana sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk-produk daripada syarikat yangmemberi sumbangan wang, membantu atau melindungi zionis atau yang jelas mempunyai kepentingan Yahudi. Kami merasakan janggal bagi syarikat yang mempunyai pengiktirafan sijil halal, mendapat manfaat dan keuntungan yang besar sebaliknya memberi sumbangan kepada aktiviti yang menghina Islam dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Seharusnya, syarikat umat Islam harus sensitif kepada penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang zalim lagi kejam sebagaimana yang kita saksikan baru-baru ini.Disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri dan takut untuk menggunakan kekuatan yang ada, menyebabkan pihak musuh memijak kepala tanpa sebarang segan dan silu.

Sehubungan dengan itu, buat permulaan ini, adalah dicadangkan di antara produk-produk yang dikenalpasti mempunyai kepentingan/ membantu Zionis Israel secara terang-terangan ialah seperti Colgate, Coca-Cola dan Starbucks. Bagi pihak PPIM, membeli produk-produk yang memberi sumbangan kepada puak Zionis samalah seperti menyokong Yahudi untuk membeli senjata untuk membunuh saudara Islam kita di Palestine dan juga merosakan keamanan serta menghancurkan kemanusiaan.

Sesungguhnya, PPIM memandang serius tindakan kejam zionis Israil terhadap aktivis-aktivis keamanan yang membawa pelbagai barangan bantuan untuk penduduk Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia antaranya dari Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan Lifeline For Gaza (LL4G).

Justeru itu, PPIM menggesa masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan terhadap aktivis keamanan kita yang akan terus berjuang untuk Gaza dengan melakukan jihad ekonomi terhadap Zionis Israel dan sekutunya dengan memboikot barangan mahupun produk yang mempunyai kepentingan yahudi.

Sekian.

Nadzim Johan Ketua
Aktivis PPIM

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts