Tuesday, June 29, 2010

Rambut Panjang

Misykatul Mashabih

Bab Al-Asma’ Al-Nabi wa Sifaatihi s.a.w

(ms/514)


Hadith Muslim : sya’ruhu yadhribu mankibaihi..”

“ rambut Baginda memukul (sampai / mencecah) kedua bahunya..”

Syarah Misykat : Dalam Majma’ Al-Bukhari terdapat ikhtilaf riwayat berkenaan paras rambut Rasulullah s.a.w.

Sebab Ikhtilaf : 1. Kerana berbeda waktu. Adakala Baginda s.a.w terlupa atau terlalu sibuk dengan tugas-tugas kenabian, maka saat itu rambut baginda melebihi cuping telinga dan memukul bahu. (Kalau tangan tidak sampai kepada sesuatu ia tidak dinamakan memukul)

2. Atau benar-benar kerana Nabi s.a.w ingin menyimpan dan membiarkan ia panjang

Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kelantan 1993

“..sesetangah riwayat, rambut Rasulullah s.a.w panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai ke cuping, dan setengahnya sampai kebahu”

Hal ini kerana berbeza waktu mengunting/memotong rambut oleh baginda dan berbeza individu yang melihat lalu merawikan hadith.

Gaya-gaya rambut seperti “soldier cutted” yang dipotong oleh kebanyakan orang awam dikedai-kedai adalah lebih berat hukumnya dari memanjangkan rambut tetapi belum menyerupai perempuan kerana sabit hadith yang melarang melakukan ‘Qaaz” mencukur (termasuk memendekkan) satu bahagian dan membiarkan panjang sebahagian yang lain sedangkan tiada hadith yang menyebut larangan memanjangkan rambut melebihi paras bahu secara sarih (jelas) melainkan larangan yang datang atas jalan “..tahrimuhu litahrimi syai in” atau “..ma adda ilal haram fahua haram” dlln.

Sabda Nabi s.a.w; “..cukur semua atau tinggalkan ia (rambut) semua”

Al-Mughni :

“ ..dan adalah disukai rambut manusia itu mencontohi Nabi s.a.w; apabila panjang ia sampai kebahu dan apabila ia pendek sampai kecuping telinga.Kalau dipanjangkan maka tidak apa-apa.Imam Ahmad telah menyatakan seperti yang tersebut ”

Kata Syeikh Ulwan :

“..nabi s.a.w memanjangkan rambut ,namun baginda tidak berjalan dikhalayak umum dengan kepalanya terdedah, malah baginda mengenakan serban, iaitu mahkota kenabian dan syia’r Islam”

4 Perkara Asas Lelaki Ketika Memanjangkan Rambut

1. Kerana Allah atau sesuatu kemaslahatan ummah

2. Tidak menyerupai wanita dari segi panjang, dandanan yang terbiasa oleh wanita sehingga mengelirukan masyarakat.

3. Tidak kerana meniru Yahudi, Nasrani atau orang-orang fasiq seperti artis dlln.

4. Menjaga dan merapi sehingga tidak timbul ketidaksenangan dan keselasaan masyarakat.

walllahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts