Monday, August 30, 2010

Formaldehid - Awet Mayat

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperluaskan penyelidikannya dalam bidang Bioteknologi dengan menghasilkan alat Biosenser Elektrod Enzim yang bertindak bagi mengesan penggunaan formaldehid iaitu bahan awet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.
Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar berkata, penggunaan bahan kimia terlarang yang digunakan secara berleluasa oleh hampir keseluruhan pasar raya di Malaysia untuk menyegarkan makanan laut mengundang kesan negatif terutama pada aspek kesihatan.

Vaksin Rotarix Di Cemar Virus Babi

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) iaitu virus yang biasanya ditemui dalam babi.
Beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini turut melahirkan rasa amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix.
Ini kerana, katanya vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
CAP amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.
Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) virus yang biasanya ditemui dalam babi.
Rotavirus adalah genus virus RNA dalam keluarga Reoviridae. Ia merupakan penyebab utama cirit birit yang teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan Rotavirus gastroenteritis, penyakit sederhana hingga ke peringkat yang teruk dengan ciri-ciri muntah, cirit birit berair, demam dan biasanya dikenali sebagai stomach flu, ia tidak mempunyai kaitan dengan selesema. Menjelang usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia ini dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali.
Bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti akan berkembang dan jangkitan seterusnya akan menjadi kurang teruk dan orang dewasa jarang terjejas. Terdapat tujuh spesies virus ini yang dirujuk sebagai A, B, C, D, E, F dan G, kesemuanya juga menyebabkan penyakit terhadap binatang lain. Rotavirus A, yang paling biasa menyebabkan lebih daripada 90% daripada jangkitan pada manusia.
Vaksin rotavirus seperti GSK Rotarix sepatutnya untuk melindungi kanak-kanak daripada rotavirus. Laporan media menjelaskan Rotarix diperbuat daripada rotavirus manusia yang lemah yang dibesarkan di dalam sel hidup. GSK menggunakan sel buah pinggang monyet untuk tujuan ini.
Menurut Dr Margaret Hamburg, Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), cebisan DNA PCV1 ditemui dalam bank sel Glaxo, bermakna ia hadir daripada perkembangan awal vaksin yang pada hakikatnya vaksin sepatutnya hendaklah disteril (bersih dari kuman). Kemungkinan besar GSK tidak menyedari sesuatu yang janggal ini dalam vaksin mereka lama sebelum 2006 apabila mereka menjalankan ujian klinikal ke atas Rotarix untuk kanak-kanak.
Kami mempersoalkan kenapa GSK tidak membuat sebarang usaha untuk mengasingkan dan memusnahkan virus ganas PCV1 dalam pelbagai bahan genetik yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin apabila ia boleh dilihat dengan jelas oleh saintis jika keselamatan diutamakan. Amat mengejutkan sekali apabila GSK membenarkan keadaan berbahaya untuk berterusan sehingga beberapa tahun sehingga ia muncul sebagai pencemar untuk vaksin bagi kanak-kanak semuda seusia enam minggu.
Pada hakikatnya, GSK hanya melaporkan penemuannya sendiri berhubung kehadiran PCV1 dalam Rotarix kepada FDA pada 15 Mac, berdasarkan kepada kerja yang pada asalnya dilakukan oleh pasukan penyelidik akademik. Diikuti oleh ujian susulan yang dijalankan bersama oleh GSK dan FDA mengesahkan penemuan pasukan itu dan mengesahkan komponen viral terdapat sejak peringkat awal perkembangan vaksin termasuk sewaktu ujian klinikal.
Terdapat dakwaan bahawa tiada bukti bahawa terdapat risiko kepada pesakit yang menerima vaksin ini, bagaimanapun FDA pada 22 Mac memutuskan untuk berhati-hati dan mengeluarkan amaran kepada pakar kanak-kanak di seluruh negara di Amerika Syarikat untuk menghentikan memberikan Rotarix kepada pesakit mereka sementara menunggu siasatan yang dijangkakan berakhir dalam masa enam minggu. Pihak FDA juga mengakui sehingga kini virus babi yang khusus ini bukanlah satu-satunya yang mereka fikirkan pembuat vaksin perlu untuk memeriksa produk mereka.
Pada hari ini (27 Mac), Kementerian Kesihatan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) telah mengambil isyarat daripada FDA dan telah mengarahkan pergantungan segera pengimportan, pengedaran dan penjualan Rotarix dan pengharaman sementara penggunaannya untuk kanak-kanak. Jordan melalui Pentadbiran Makanan dan Ubatan juga telah menerima pakai pendirian FDA dengan menggantung semua preskripsi Rotarix memandangkan mereka bimbangkan risiko kesan sampingan yang tidak diketahui daripada PCV1.
Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) telah meminta doktor menangguhkan vaksinasi Rotarix atau menggunakan alternatif sementara HAS bekerjasama dengan GSK untuk menentukan jika sebarang kelompok vaksin Rotarix telah tercemar. Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara yang menggunakan Rotarix supaya berhati-hati mempertimbangkan manfaatnya untuk terus menggunakannya dalam sebarang keputusan.
Sementara itu, Pengarah Klinikal R & D dan Hal Ehwal Perubatan GSK Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata pembuat ubat itu memberikan jaminan kepada HAS bahawa mereka akan terus berkongsi maklumat dengan HAS apabila ia diperolehi, kerjasama yang sama seperti itu dilihat tidak dihulurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan kita.
Berdasarkan kepada sikap berdiam diri Lembaga Kawalan Ubatan (DCA) Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini, ia dilihat GSK mempunyai alasan enggan untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung isu kritikal ini kepada Kementerian Kesihatan walaupun sudah 12 hari sejak perkara ini dilaporkan kepada USFDA. Sementara amat bekerjasama dengan HSA Singapura, GSK Malaysia dilihat menyokong sepenuhnya di sebalik Kementerian Kesihatan yang secara terbuka menyarankan penggunaan Rotarix di Malaysia. Kami bimbang jika ini kesnya yang sebenar atau rakyat dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.
Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat beragama Islam sebagai majoriti seperti negara kita, amat difahami bahawa isu seperti ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif, terutama sekali memandangkan vaksin itu tercemar daripada virus yang berasal daripada babi. Sepertimana yang kita semua tahu, pengambilan babi adalah haram atau dilarang kepada orang Islam.
Salah satu rasional saintifik kenapa babi dikategorikan sedemikian oleh Islam memandangkan kepada kehadiran sejenis parasit seperti Taenia solium (pork tapeworm) dan Trichinella spiralis (trichina worm) dan mikroorganisma seperti procine circovirus jenis 1 yang tidak diragui lagi berbahaya kepada kesihatan manusia. Sebab itulah Rotarix yang tercemar dengan PCV1 tidak dapat diterima oleh orang Islam tetapi Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada semua rakyat yang beragama lain di negara ini untuk menjelaskan situasi serta mengambil langkah segera untuk menarik balik dan menganalisis kelompok Rotarix yang sedia ada itu tercemar dan mengumumkan amaran di seluruh Negara serta menggantung vaksin itu sehingga ia terbukti selamat.
Kerajaan UAE dan Jordan di mana Islam merupakan majoriti dan agama rasmi telah menjadi contoh dalam tindak balas mereka yang proaktif dan segera terhadap ancaman pencemaran Rotarix. Mereka telah menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab kepada warganegara mereka memandangkan kepada keadaan ancaman iaitu membahayakan kesihatan serta mempunyai kaitan dengan agama dan mereka telah mengumumkan keputusan mereka untuk khalayak ramai.
Sama ada GSK Malaysia telah memberikan amaran atau tidak kepada Kementerian Kesihatan, kami mempersoalkan kenapa Kementerian Kesihatan masih belum mengisytiharkan amaran ke seluruh negara dan menggantung vaksin Rotarix sekarang dan menjalankan ujian keselamatan yang ketat ke atas kelompok Rotarix yang sedia ada.
Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu dan menyakinkan rakyat terhadap keselamatan anak-anak mereka? Apakah yang menghalang Kementerian Kesihatan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat? Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui jika kepercayaan agama dan kesihatan mereka mungkin dikompromikan.
CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung dengan situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.
Sumber – HarakahDaily.net
Mee Segera Kimia

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang antara yang paling lantang memperjuangkan pengharaman penggunaan bahan sodium dalam mi segera.







Kronologi Isu Mee Antara Lain

Isu bermula apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa mi segera ini harus dijauhi kerana boleh menyebabkan kanser (21 April 2010). Antara hujah-hujah CAP antara lain:

1 - Kajian ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium (garam) melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

2 - Mee segera mengandungi liputan lilin yang merbahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang - liputan lilin dalam satu bungkus mee segera memerlukan masa lebih dari dua hari untuk dinyahkan dari sistem tubuh badan oleh tubuh manusia.

3 - Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan ‘Monosodium Glutamate’ (MSG), selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian.

Walaubagaimanapun, petikan Kosmo! Online hari ini antara lain menyebut:

“Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser. Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.”

Ringkas. Itu lah antara isi terpenting yang berjaya aku cungkil dari artikel 3-perenggan-kerat Kosmo! Online.


Indo Mi - Antara mi goreng segera terawal di Malaysia.

Respon Terhadap Kenyataan  Kosmo!

Berikut adalah pendapat berkenaan semua dakwaan-dakwaan di atas (ikut susunan).

1 - Kandungan Natrium yang tinggi. Ini adalah benar dan tidak perlu disangkal lagi. Kalau ikutkan maksimum 2400mg itu adalah cukup tinggi, kerana UK Recommended Nutritional Intake (RNI) mencadangkan pengambilan natrium melebihi 1,600 mg sehari adalah tidak sihat. Ingat, kita dalam sehari bukan makan sepaket me segera tu saja, belum campur natrium dari makanan-makanan yang lain. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

2 – Tiada sebarang kajian saintifik yang mengesahkan hal berkenaan liputan lilin (Wax build up) mendatangkan penyakit mahu pun memudaratkan kesihatan. Buat mereka yang tidak tahu kenapa lilin disaluti pada mi segera, ia adalah bertujuan supaya mi segera tersebut tidak akan melekat ketika dimasak. Fungsinya sama seperti minyak yang menyaluti mee kuning dan kuey teow (macam kat pasar tu), dan tepung yang menyaluti mee wantan. Sedangkan kalau kita masak spaghetti sekalipun memerlukan minyak ketika spaghetti itu direbus supaya spaghetti tu nanti tidak melekat bila sejuk. TAPI, dalam Sains, apa sahaja elemen yang badan kita tidak perlukan akan disebut sebagai toksin. Mungkin dalam jangka masa pendek, toksin (wax) itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan tetapi bagaimana pula dengan jangka masa panjang? Kita harus berwaspada, tiada kajian saintifik sekarang tidak bermaksud ianya 'tak apa'. Siapa tahu, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, saintis berjaya menemui kesan sampingan (jangka masa panjang) wax tersebut. Waktu tu, kalau dah menyesal, tidak berguna.

3 – Yang ni, aku kena senaraikan dulu fakta pemakanan (nilai sebenar) dari setiap satu paket jenama mi terkemuka di Malaysia;

Daripada maklumat, dapat disimpulkan bahawa:
a) A mengandungi lebih 50kcal berbanding B
b) B mengandungi lebih protein dari A
c) Walaupun B tidak menyatakan jumlah sodium yang digunakan, tapi percayalah, ikut pengalaman kita, kandungan sodium dalam B tak jauh beza dengan kandungan sodium dalam A.
d) Kesimpulannya, dua-dua mi segera di atas kurang sihat dan perlu dijauhkan. Asasnya? Ok, ni meh kite share satu tip pemilihan makanan yang tepat, Hukum Diet Ejoy yang Pertama. Apa sahaja, bagi kita, jika kandungan lemak di dalamnya adalah sama atau lebih tinggi dari protein, maka makanan itu adalah tidak sehat dan perlu dijauhi, KECUALI ikan laut dan kekacang asli. Kenapa? Kerana kedua-dua makanan tersebut kaya dengan minyak sihat (essential oil) iaitu omega 3 fatty acid, yang memang sudah ada kajian saintifik mampu mengelakkan penyakit kronik seperti Lemah Jantung dan Diabetes.

Mi Sedap Goreng Asli - mengandungi 17g lemak (bersamaan 1 1/4 sudu besar minyak sawit!)

Respon kita terhadap laporan Kosmo! Online pula – Mereka cuma tulis “mi segera bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser”, tapi mereka tak tulis pun “mulai sekarang, mi segera amat selamat untuk dimakan hari-hari sebagai sajian pengganti untuk nasi, pasta dan roti”. Mudah bukan? 

Kesimpulan, kalau nak makan mi segera ni sekali sekala boleh, seminggu/sebulan sekali ke, kalau tak sentuh langsung lagi bagus. Tengok juga maklumat pemakanan dalam memilih mi segera, dan bukannya berdasarkan perisa atau jenama. Pesanan buat adik-adik yang masih lagi belajar di asrama, atau buat mereka yang tengah kekeringan wang untuk beli makanan, daripada melaburkan wang RM3 untuk beli 5 paket megi, lebih baik korang beli roti Gardenia famili saiz, harganya lebih kurang sama, tapi jauh lebih sihat dan mengenyangkan. Tengok, tak susah kan nak jadi sihat?

http://www.sususejat.com

Pau Ahmad Milik Cina

Pau Ahmad Milik Cina
Berita Harian Online
Sijil halal yang dikeluarkan untuk beberapa produk telah tamat tempoh pada 31 march 2006.Taukehnya H.S Ding selaku Managing Director.
Regards
Haris

Belacan Kimia

Kimia buat colok


KUALA LUMPUR: Sesak nafas, sakit mata, tekak, hidung dan perut adalah antara tanda awal kesan sampingan pengguna yang termakan bahan kimia Rhodamine B yang dikesan dalam belacan.
Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Fatimah Abu Bakar, berkata pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang itu supaya produk mereka kelihatan menarik, lebih basah dan tahan lama.

Anda Makan Buntut Ayam?

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA BURGER, SOSEJ, MEATBALL DAN LAIN LAIN  PRODUK MAKANAN BEKU SEJUK AYAM& DAGING LEMBU DIHASILKAN SECARA KOMERSIAL.

       Kulit , buntut, stok ayam, perasa ayam, MSG dan lemak ( untuk daging lembu hanya trimming sahaja dugunakan. Trimming adalah bahagian daging yang tidak dapat jual sebagai daging kerana terlalu banyak lemak ) digunakan untuk menghasilkan produk makanan sejuk beku.  Kandung daging / ayam terlalu kecil dan untuk  mendapatkan rasa daging/ayam pelbagai bahan tiruan yang tidak Toyibban digunakan. Kegunaan bahan bahan tiruan dan terlalu banyak lemak mengancam kesihatan manuaisa sebab itulah ia digelarkan JUNK FOOD

Inspections of beefBagaimana kilang yang membuat burger dan soej menghasilkan produk yang murah adalah dengan mengunakan MRM
  
Lebih dasyat adalah kegunaan  MRM (MRM adalah singkatan untuk Mechanically Recovered Meat) 
                           
Dalam proses MRM semua bahan ayam dan daging termasuk tulang dimasukkan kedalam mesin MRM, mesin ini akan hancur semua tulang denagn begitu lebut hingga texturenya adalah sama seperti isi ayam dan daging.

Dengan bahan MRM pengilang akan campur pelbagai Protein Soya, Pestured Vegetable Protein, Perasa ayam/daging. MSG, Perisa ayam/daging, Stok ayam/daging, Kulit & Buntut ayam dan lain lain kimia untuk dapatkan rasa ayam atau daging.

Bayangkan kita sekeluarga makan produk yang hanya layak dimakan oleh kuching dan binatng peliharan lain. Demi keuntungan dan untuk menghasilkan produk murah inilah caranya.  APAKAH KESAN BURUK TERHADAP KESIHATAN KITA. SEKELUARGA
  
Tuan/ Puan boleh baca sendiri bertapa bahayanya semua bahan bahan MRM dan mengapa ianya diharamkan di Europah dan kebanyakkan negara lain.

______________________________________________________________________

It is being used because it is so blinking cheap
David Walker
Trading standards officer

No-one yet knows how many consumers ate meat infected with BSE in the 1980s.
But as investigations continue into how potentially contaminated produce entered the food chain, so-called 'mechanically recovered meat' (MRM) is believed to carry the most risk of being infected.








http://www.azzain.com                     

Ubat Gelatin Babi

Ubat Gelatin KhinzirBernama


Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.


Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.
"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.
Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Starbucks Haram

FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010

MAKANAN HARAM - JAKIM

Starbucks HARAM, 
ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAMZAH 

PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to
our muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

Saturday, August 28, 2010

Hemoglobin Babi Dalam Rokok

Simon Chapman, Profesor Kesihatan Awam dari Universiti of Sydney baru-baru ini menunjukkan kepada hasil penemuan suatu kajian di Belanda yang telah mengenal-pasti 185 jenis kegunaan yang berbeza hanya dari seekor babi – termasuk penggunaan hemoglobin dalam puntung rokok.
Penelitian ini mendapati hemoglobin babi, iaitu sejenis protein darah, telah digunakan untuk menjadikan puntung rokok lebih efektif dalam menapis bahan-bahan kimia rokok sebelum masuk ke paru-paru.
Prof. Chapman menambah, walaupun syarikat-syarikat tembakau telah secara sukarela menyenarai kandungan produk mereka di laman web, masih terdapat catatan-catatan seperti “bahan-bahan yang tak dapat disenarai, yang membantu dalam keseluruhan proses … yang kuantitinya tidak signifikan dan tidak mempengaruhi fungsi keseluruhan produk tersebut”.
“Ini hanya merupakan cara lain yang seolah-olah membenarkan industri tembakau dunia untuk tidak menyatakan secara jujur kesemua bahan yang terkandung dalam produk mereka … syarikat rokok sebenarnya boleh mengatakan “itu semua adalah urusan kami” dan ia adalah suatu ‘rahsia perdagangan’ (trade secret) yang tidak mungkin akan diketahui umum.”
Alasan yang “serba merangkumi” ini menurut Prof Chapman telah berjaya menyembunyikan dari pandangan umum beberapa lagi jenis bahan kimia dan bahan-bahan lain yang telah digunakan dalam pembuatan produk tembakau, yang sebelum ini tidak diketahui.
Di Greece, sekurang-kurangnya satu jenama rokok telah dikenal-pasti menggunakan hemoglobin darah babi dalam proses pembuatannya. Status jenama rokok lain yang terjual di seluruh dunia juga tidak dapat diketahui. Atau lebih tepat, tidak mungkin akan dapat diketahui.
“Jika anda seorang perokok, dan jika anda seorang beragama Islam ataupun Yahudi, anda tentunya ingin tahu, namun jawapannya tidak mungkin akan diketahui umum,” kata Prof Chapman.
http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts