Saturday, August 28, 2010

Hemoglobin Babi Dalam Rokok

Simon Chapman, Profesor Kesihatan Awam dari Universiti of Sydney baru-baru ini menunjukkan kepada hasil penemuan suatu kajian di Belanda yang telah mengenal-pasti 185 jenis kegunaan yang berbeza hanya dari seekor babi – termasuk penggunaan hemoglobin dalam puntung rokok.
Penelitian ini mendapati hemoglobin babi, iaitu sejenis protein darah, telah digunakan untuk menjadikan puntung rokok lebih efektif dalam menapis bahan-bahan kimia rokok sebelum masuk ke paru-paru.
Prof. Chapman menambah, walaupun syarikat-syarikat tembakau telah secara sukarela menyenarai kandungan produk mereka di laman web, masih terdapat catatan-catatan seperti “bahan-bahan yang tak dapat disenarai, yang membantu dalam keseluruhan proses … yang kuantitinya tidak signifikan dan tidak mempengaruhi fungsi keseluruhan produk tersebut”.
“Ini hanya merupakan cara lain yang seolah-olah membenarkan industri tembakau dunia untuk tidak menyatakan secara jujur kesemua bahan yang terkandung dalam produk mereka … syarikat rokok sebenarnya boleh mengatakan “itu semua adalah urusan kami” dan ia adalah suatu ‘rahsia perdagangan’ (trade secret) yang tidak mungkin akan diketahui umum.”
Alasan yang “serba merangkumi” ini menurut Prof Chapman telah berjaya menyembunyikan dari pandangan umum beberapa lagi jenis bahan kimia dan bahan-bahan lain yang telah digunakan dalam pembuatan produk tembakau, yang sebelum ini tidak diketahui.
Di Greece, sekurang-kurangnya satu jenama rokok telah dikenal-pasti menggunakan hemoglobin darah babi dalam proses pembuatannya. Status jenama rokok lain yang terjual di seluruh dunia juga tidak dapat diketahui. Atau lebih tepat, tidak mungkin akan dapat diketahui.
“Jika anda seorang perokok, dan jika anda seorang beragama Islam ataupun Yahudi, anda tentunya ingin tahu, namun jawapannya tidak mungkin akan diketahui umum,” kata Prof Chapman.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts