Ubat Nasal Spray 357 Haram Beracun
Jangan beli jangan guna 357 Nasal Spray

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung "357 Nasal Spray" yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn Bhd.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Eisah A. Rahman berkata ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone di dalam produk tersebut.
"Ubat-ubatan yang mengandungi Dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam danberat badan meningkat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata produk itu telah disahkan dicampur dengan dexametasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Popular Posts
-
Walaupun 25 tahun sudah berlalu dari tarikh info dibawah, namun yang pastinya kes-kes dan isu halal haram masih terus kekal membelengu umma...
-
Ubat gigi dari China yang ada bahan kimia merbahaya Baru-baru ini, “The U.S. Food and Drug Administration (FDA)” telah mengenalpasti empa...
-
Hati-hati dengan Bonjela Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan nasihat mengenai produk untuk ulser mulut yang mengandungi salicy...
-
· Hukum Talkin Kepada Mayat · Ajaran Pak Chu Bahrin · Ajaran Zamree B. Ab. Wahab · Ajaran Hj Banuar B. Roslan · Pindaan Fat...
-
TAHUKAH ANDA BAGAIMANA BURGER, SOSEJ, MEATBALL DAN LAIN LAIN PRODUK MAKANAN BEKU SEJUK AYAM& DAGING LEMBU DIHASILKAN SECARA KOMERSIAL...
-
Ubat cirit-birit Imodium ada unsur babi Ubat cirit-birit Imodium disahkan mengandungi unsur babi. Gelatin yang digunakan untuk membuat kap...
-
Mencari yang Halal & Tayyiba itu Wajib atas semua kita.
-
Ops Filter Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM,...
-
Jemaah Haji Malaysia Menggunakan Vaksin Haram ? Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terp...
-
Antara Arak dengan Tapai “Arak ialah Alkohol dlm bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan...
No comments:
Post a Comment
Hantar Aduan Muslim Disini