Friday, August 20, 2010

Produk Haram Beracun 5 - Kosmetik

Produk kosmetik bahaya ditarik pendaftaran



PUTRAJAYA 17 Mei - Kementerian Kesihatan telah membatalkan pendaftaran tiga produk kecantikan kerana dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian Eisah A Rahman berkata produk berkenaan ialah:
1.Zara Rejuvenation Cream keluaran Mum Bio Cos Manufacturing Sdn Bhd,
2.Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream keluaran Beauty Line Skin Care & Cosmetic Sdn Bhd, dan
3.Pigmentation Recovery Complex keluaran Mycreme Skin Care Products.
Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ianya boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya kedua-dua bahan itu boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi menyebabkan kulit terdedah kepada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh membawa kepada kanser kulit.
Sesiapa yang mempunyai stok produk tersebut dinasihatkan agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta kerana pemilikan produk-produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, katanya.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts