Monday, August 9, 2010

Tuala Wanita & Kimia 2









MUNGKIN ada di kalangan anda yang masih mengingati kes ratusan tampon yang dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome (TSS) sekitar awal tahun 80-an. Sejak daripada itu amaran telah diedarkan dalam setiap kotak tampon dan produk keselamatan haid.

Bagaimana sehingga ke hari ini toksin masih wujud dalam tampon dan tuala wanita, termasuklah dioksin dan pestisid yang boleh menimbulkankesan jangka masa panjang kepada kesihatan wanita. Kebanyakan tuala wanita diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui, dioksin.
Agensi Pelindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya yang diketahui oleh sains. Kajian EPA pada 1996 pernah mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan pada lapisan uterus)
Bukan itu sahaja mereka yang mengalami pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan jangka panjang sepertikelemahan sistem imun, penyakit radang pelvik, mengurangkan kesuburan dan mengganggu perkembangan janin.
Dalam ujian di luar negara, tuala wanita didapati mengandungi 400 bahagian per trilion (bpt) dioksin. Biarpun paras tersebut terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan kajian menunjukkan dioksin boleh berpindah dengan mudah daripada produk kertas.
Secara purata wanita menggunakan kira-kira 15 ribu tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak boleh berkumpul dan membawa maut.

Untuk membuat tuala wanita gentian pulpa kayu direndam di dalam air. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan dimasukkan pada peringkat ini. Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya.
Sesetengah tuala wanita mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet halus di dalam air berasid (campuran kemudian membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang)
Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita termasuk agen penyerap dan tahan basah iaitu polysorbate dan formaldehid,yang sering kali digunakan.
Rujukan: Info Pengguna - Harmoni.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts