Peniaga saman Tesco RM1.6 juta kerana jual ayam tidak halal
2010/05/31GEORGETOWN: Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam. Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000. Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram. Raja Muzaffar Kamar berkata, beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di sini. Katanya, pada 12 Mac lalu beliau membeli tiga ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Raja Muzaffar Kamar berkata, beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya. Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). "Pada 16 Mac lalu, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya. Katanya, pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. - Bernama
pssstt : Orang dah kate jangan dok pi beli kat Tesco nu..huu Beli je kat Pak Abu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://ho.lazada.com.my/SHEKdp
Popular Posts
-
Walaupun 25 tahun sudah berlalu dari tarikh info dibawah, namun yang pastinya kes-kes dan isu halal haram masih terus kekal membelengu umma...
-
Ubat gigi dari China yang ada bahan kimia merbahaya Baru-baru ini, “The U.S. Food and Drug Administration (FDA)” telah mengenalpasti empa...
-
Hati-hati dengan Bonjela Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan nasihat mengenai produk untuk ulser mulut yang mengandungi salicy...
-
· Hukum Talkin Kepada Mayat · Ajaran Pak Chu Bahrin · Ajaran Zamree B. Ab. Wahab · Ajaran Hj Banuar B. Roslan · Pindaan Fat...
-
Head Office REINSAN CENTRE (PUSAT PENGAJIAN ILMU ISLAM) NO 5 SRI KLEBANG, A-13 BANDAR BARU SRI KLEBANG 31200 CHEMOR, PERAK Tel : 05-291 4223...
-
PARAMARIA PLUS RAMUAN PARAMERIA L. (AKAR SERAPAT) ARDISIA CRISPA (HERBA MATA PELANDUK) MORINDA ELIPTICA (MENGKUDU HUTAN) LABISIA POTHONIA (H...
-
TAHUKAH ANDA BAGAIMANA BURGER, SOSEJ, MEATBALL DAN LAIN LAIN PRODUK MAKANAN BEKU SEJUK AYAM& DAGING LEMBU DIHASILKAN SECARA KOMERSIAL...
-
Ubat cirit-birit Imodium ada unsur babi Ubat cirit-birit Imodium disahkan mengandungi unsur babi. Gelatin yang digunakan untuk membuat kap...
-
Ops Filter Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM,...
No comments:
Post a Comment
Hantar Aduan Muslim Disini