Thursday, September 2, 2010

Agar-Agar Gelatin Haram


Walaupun 25 tahun sudah berlalu dari tarikh info dibawah, namun yang pastinya kes-kes dan isu halal haram masih terus kekal membelengu ummat Islam di Malaysia..
 
"Dalam tahun 1985, CAP telah menguji 20 contoh agar-agar yang dijual di seluruh negara dan 13 daripadanya disahkan mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

Gelatin telah disahkan oleh pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia sebagai 'haram' dan ini bermakna sebarang produk yang mengandungi gelatin adalah haram dimakan.
Beberapa contoh agar-agar yang mengandungi gelatin termasuk yang diimport dari Korea Selatan dan Jepun dan dibungkus di Malaysia. Penjualannya secara tidak berbungkus juga amat berleluasa. Ujian telah dibuat ke atas dua jenis agar-agar iaitu yang berbungkus dan tidak berbungkus yang diperolehi dari pasaraya dan kedai runcit. 

Agar-agar sebenarnya ialah sejenis tumbu
han laut berwarna merah yang dikeluarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Pengeluar-pengeluar mencampurkan tumbuhan laut asli ini dengan gelatin untuk menambahkan sifat agar-agar dan meningkatkan berat timbangannya." 

dipetik dari "Halal Haram" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Kita sebagai umat Islam wajib berhati-hati dalam memilih makanan kita seharian. Jangan sampai darah dan daging kita ini dicemari oleh unsur-unsur yang tidak baik dan tidak halal. Ini yang perlu kita lakukan ketika membeli-belah:
  1. Baca bahan ramuan pada label dengan teliti. Bahan-bahan ramuan disenaraikan mengikut peratusan kandungannya. Biasanya, bahan pertama yang ditulis dalam senarai merupakan bahan yang paling banyak terkandung didalam makanan tersebut.
  2. Pastikan kedudukan halal/haram/masbuh setiap ramuan yang digunakan. Jika semua ramuan dalam sesuatu makanan itu halal, produk itu boleh dimakan oleh orang Islam. Jika salah satu ramuannya haram, produk itu wajib dielakkan. Jika salah satu ramuan itu berada dibawah kategori masbuh, elakkannya juga kerana ia mungkin daripada sumber haram.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts