Saturday, September 11, 2010

Bakar Al-Quran Dan Muslim Amerika

Sabtu 11/09/2010

Laporan dari Amnesti International (AL) :
"Kami sangat bimbang berikutan laporan peningkatan diskriminasi yang dilakukan terhadap Muslim dan sentimen-sentimen lain berbentuk anti-Muslim"
 "Tindakan-tindakan tegas harus diambil terhadap serangan yang ditujukan kepada masyarakat yang beragama Islam"
 "Rencana untuk membakar kitab suci pemeluk agama lain bertentangan dengan prinsip yang dipegang oleh AS" 
 "Mudah-mudahan dia mendengar bisikan baik dan memahami bahwa tindakannya bersifat destruktif,"
~Presiden Barack Hussein Obama
 "Hal itu (membakar Al-Quran) sama sahaja dengan membakar Injil orang Kristian atau Taurat orang Yahudi. Semua itu adalah kitab-kitab suci," 
"Ekstremis yang membunuh anakku hanyalah segelintir orang dari jutaan komuniti Muslim yang baik, begitu juga jutaan orang Kristian dan jutaan orang Yahudi,"
~Patricia Bingley - Ibu Kevin Dennis (Ibu mangsa korban 11 September)
 "Hal itu merosakkan ikatan yang sedia rapuh antara kelompok Islam dan Kristian,"
~ Presiden Nigeria Goodluck Jonathan
 "Menghina kitab suci agama lain tidak hanya menghina agama sendiri, tetapi juga menghina semua agama. Kitab-kitab suci bagi orang lain perlu kita hormati," 
~Rohanian Katolik Romo Frans Magnis Suseno
 "Bakar buku bertentangan dengan cita-cita Amerika," 
~Mantan Calon Presiden AS Sarah Palin
 "Tindakan kekerasan tercela ini, kenyataannya, tidak perlu dibalas dengan aksi buruk dan memalukan terhadap sebuah buku yang dianggap suci oleh masyarakat keagamaan," 
~Pihak Vatican

 Kita wajib meyakini bahawa Islamlah satu-satunya agama yang benar dan direstui Allah untuk dianuti oleh sekelian manusia. Firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” 
(Ali Imran, ayat 19)
Firman Allah (bermaksud); “Dan sesiapa mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi” 
(Ali Imran, ayat 85)
“Dan janganlah kamu mencerca berhala-berhala yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan” 
(al-An’am, ayat 108)
“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berbuat zalim dari mereka. Katakanlah (kepada mereka): ‘Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri’” 
(al-Ankabut, ayat 46)


Berkata Imam al-Hakim (mengulas ayat pertama tadi, iaitu ayat 108 dari surah al-An’am); “Kita dilarang mencerca berhala-berhala kerana dua sebab;

1. Berhala itu hanyalah makhluk yang tidak bernyawa dan tidak berdosa (yakni yang berdosa ialah penganutnya).
2. Cercaan terhadapnya akan membawa kepada kejahatan yang lebih besar iaitu celaan penganutnya terhadap Allah.
Beliau menegaskan; apa yang wajib kita lakukan ialah kita membentangkan kepada penganutnya bahawa berhala itu sendiri tidak redha ia disembah dan berhala itu tidak selayaknya disembah kerana ia tidak berupaya menimpakan mudaraat dan memberi manfaat kepada sesiapa kerana ia hanyalah batu yang tidak bernyawa. Pendekatan ini tidaklah dinamakan cercaan. Kerana itu Saidina ‘Ali –radhiyallahu ‘anhu- pernah berkata; “Janganlah mencerca mereka, akan tetapi sebutlah kejelekan/keburukan amalan-amalan mereka”. (Tafsir Mahasin at-Takwil)



Ilmudanulamak.blogspot.com


  

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts