Wednesday, September 22, 2010

Penapis Air Dr. Sukida Tidak Halal

Ops Filter
Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM, pegawai dari JAIN Perak dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis yang menjual water filter jenama Dr. Sukida di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Operasi yang diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah telah dijalankan pada 23/12/2009 bermula dari jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 9.45 malam. Dalam operasi ini juga, pihak JAKIM, JAIN Perak dan KPDN KK telah mendapati bahawa logo halal JAIN Perak telah digunakan pada produk tersebut bagi tujuan pemasaran yang lebih berkesan tanpa mempunyai sijil halal yang sah atau telah tamat tempoh.
Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati pemilik produk berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAIN Perak pada produk tanpa mendapat sijil pengesahan halal yang sah dari pihak JAKIM atau JAIN. Oleh yang demikian, syarikat tersebut didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.3 (i) Penyalahgunaan Perbahasaan Halal/BAHEIS (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/MAIN dan Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.
Dengan itu pihak KPDN KK Putrajaya telah mengambil tindakan dengan menyita produk tersebut dan tindakan lanjutan akan dilakukan kepada pemilik syarikat tersebut. Nilai anggaran sitaan tersebut adalah RM 2.1 juta.
Menurut Pengarah Hub Halal JAKIM, Puan Saimah Mokhtar, operasi bersepadu seumpama ini sedang dipergiatkan dari masa ke semasa bagi tujuan membendung penyalahgunaan logo halal dari berleluasa. Tambah beliau lagi, hanya logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN sahaja diperakui sah dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Akhirnya beliau menasihati para pengguna agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan penggunaan logo halal Malaysia yang tertera pada setiap produk yang dikeluarkan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan dan kemushkilan, para pengguna boleh merujuk ke laman web hub halal iaitu www.halal.gov. my.
Produk penapis air Dr.Sukida yang menggunakan logo halal Malaysia.
Penapis air jenama Dr. Sukida
Sijil halal JAIN Perak yang telah tamat tempoh sah semenjak tahun 2007

Pegawai-pegawai Penguatkuasa JAKIM, JAIN Perak dan KPDN KK Putrajaya sedang menyita produk.
Tarikh : 30 Disember 2009
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts