Friday, August 20, 2010

17 Jenis Ubat Gigi Berbahaya

Ubat gigi dari China yang ada bahan kimia merbahaya



Baru-baru ini, “The U.S. Food and Drug Administration (FDA)” telah
mengenalpasti empat belas (14) jenama ubat gigi dari Negara China
mengandungi diethylene gycol (DEG) yang digunakan sebagai pelarut dalam
agen antibeku. Pengilang-pengilang produk tersebut adalah Goldcredit
International Enterprises Limited, Goldcredit International Trading Company
Limited dan Suzhou City Jinmao Daily Chemicals Company Limited
. Jenama
tersebut ialah:

1. Cooldent Fluoride
2. Cooldent Spearmint
3. Cooldent ICE
4. Dr. Cool
5. Everfresh Toothpaste
6. Superdent Toothpaste
7. Clean Rite Toothpaste
8. Oralmax Extreme
9. Oral Bright Fresh Spearmint Flavor
10.Bright Max Peppermint Flavor
11.ShiR Fresh Mint Fluoride Paste
12.DentaPro
13.DentaKleen
14.DentaKleen Junior.

“Health Sciences Authority”, Singapura (HAS) pula telah mendapati 3 jenama
ubat gigi yang mengandungi diethylene glycol:

1. Hei Mei toothpaste
2. Hei Mei Calcium toothpaste
3. Maxam Toothpaste with Fluoride

Di Malaysia semua kosmetik termasuk ubat gigi perlu berdaftar dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Kesemua jenama di atas tidak berdaftar
dengan PBKD. Pengguna adalah dinasihatkan supaya memastikan produk yang
dibeli adalah selamat dengan menyemak nombor pendaftaran di pek produk
tersebut.

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts