Pernah dengar tentang kapal Rachel Corrie yang belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza ...
Ni cerita asal usul nama kapal berkenan....
Perjuangan Sedunia untuk Palestin
Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).
Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza .
Kapal itu dinamakan.. Rachel Corrie.
Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).
Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza .
Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
Sebelum dilanggar
Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.
Selepas Dilanggar
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.
psstt.. : Ummah Islam pula masih ramai yang menyayangi Yahudi Zionis dengan membeli barangan yang menyokong mereka. Ramai juga yang memberi alasan itu dan ini untuk tidak memboikot produk dan budaya mereka. Andai beliau seorang Muslimah, pastilah beliau adalah "Sumayyah" untuk alaf ini. Dengarlah nasyeed Sumayyah.
No comments:
Post a Comment
Hantar Aduan Muslim Disini