Friday, September 24, 2010

Daging Khinzir,Biskut,Minuman Satu Peti Ais


APAKAH hukumnya jika di dalam peti ais di pejabat ada daging khinzir beku di bahagian atas dan di bahagian bawahnya pula minuman kotak dan biskut. Adakah kita sebagai orang Islam boleh makan dan minum apa yang ada di bahagian bawah peti ais itu?
Saya bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat, tetapi syarikat ini akan membuka sebuah kafe yang menjual minuman keras. Saya tidak senang hati memikirkan status pendapatan yang akan saya terima apabila kafe ini dibuka. Adakah pendapatan yang saya dapat ini halal atau sebaliknya?

--PEKERJA KELIRU

Sebetulnya air kotak dan biskut itu halal dimakan dari segi zatnya. Namun Jika menurut piawaian halal yang sebenar, bercampur satu peti ais pun dikira mengelirukan dan membimbangkan. Jika mampu dielak, tentu itu yang terbaik. Pendapatan yang jelas datang daripada hasil jualan arak adalah haram. Jika maklum hal ini, berusaha untuk tidak terbabit dengan situasi itu.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts