Tuesday, June 29, 2010

Mengumpat

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Adakah kalian tahu apakah itu mengumpat?” Jawab para sahabat “ Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”

Sabda Nabi s.a.w lagi “ Mengumpat itu ialah kamu mengatakan sesuatu yang saudaramu tidak sukai”

(Riwayat Imam Muslim)


Al-Ghibah ( ) atau mengumpat ialah mengatakan sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang samada yang berkaitan keburukan dirinya,keluarga atau sahabat taulan yang hidup mahupun sudah mati, begitu juga tentang pekerjaan atau kehidupannya. Menurut sepakat Ulama’ Al-Ghibah adalah HARAM kecuali dalam beberapa hal:

1. Untuk mengelak dari kejahatan atau keburukan seorang yang fasiq (suka berbuat jahat)

2. Terhadap pemimpin yang zalim

3. Sebagai taktik menghindarkan orang ramai dari fitnah dan pembohongan pengamal bid’ah

4. Sebagai bidalan, misalan atau contoh teladan dalam nasihat dan maui’zhoh

5. Untuk mencari ke’adilan

6. Memberi persaksian dalam sesuatu kes

7. Ketika berada dalam urusan mesyuarat pernikahan atau pertunangan (khithobah)


Had Dan Sempadan Antara Kewajipan,Keharusan dan Keharaman Ghibah

Saudaraku, didalam mengamal dan mendakwahkan ilmu syariat,seharusnya ‘keutamaan,kebijakan dan moral’ wajib ditempatkan di kerusi hadapan.Kerana setiap martabat dan kedudukan sesuatu amalan mungkin sahaja berubah mengikut keperluan semasa dan kepentingannya.

Oleh itu dalam mengambil keharusan Al-Ghibah ini, ia tetap ada had dan sempadan.Kita bahagikan Al-Ghibah itu kepada 3 :

1) Wajib : Seperti dalam urusan pertunangan atau pernikahan. Sekiranya yang ingin di nikahi atau calon yang ingin menikahi mempunyai ke’aiban atau keburukan seperti kepapaan, muflis yang disembunyikan, ahwal diri yang dapat membawa kepada ketidakbahagiaan rumahtangga, rosak akhlak, fasiq,fajir dlln yang memberi kesan buruk kepada pihak yang berkenaan, maka di beritahu hal sebenar, bahkan ia adalah WAJIB samada seseorang itu diminta pandangannya atau tidak. (Namun begitu tertib melunasi kewajipan itu harus diikuti prinsip-prinsip syariat dan akhlaq Islam Itu sendiri)

2) HARUS seperti yang tujuh perkara diatas

3) HARAM seperti dalam peranggan pertama.


Tertib Dalam Umpat WAJIB dan HARUS

Contoh ucapan pemberitahuan dapat dilontarkan seperti berikut :


1) “Dia tidak sesuai untuk si fulan”. Jika mereka tidak mahu menerima kata berlapik seperti ini;

2) Katakan sekurang-kurang keburukan seseorang itu.

3) Kemudian sedikit demi sedikit sehingga mereka dapat menimbang dengan kebijakan. Kerana itu tidak harus secara langsung dituju dan dibuka terus akan keburukan seseorang itu.


NUKILAN : KULIAH ILMU HADITH

OLEH : USTAZ FIRDAUS B. MD ALI

TEMPAT : DEWAN PENGAJIAN REINSAN CENTRE

k

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts