Wednesday, February 16, 2011

Logo Halal Yang DiHaramkan


Untuk pengetahuan anda yang masih tidak tahu, ada beberapa logo halal yang sebenarnya tidak halal atau lebih tepat logo halal yang diharamkan yang mana ianya adalah logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta.
Kenapa diharamkan? Seperti yang tercatat pada keratan akhbar di bawah, logo halal dari syarikat swasta itu diharamkan kerana terdapat banyak keraguan dari segi hukum syarak dan tiada pengiktirafan daripada MAIS.
Baiklah, anda baca dan lihat keratan akhbar kat bawah ni untuk lihat sendiri logo-logo halal yang diharamkan tu (klik pada gambar untuk lihat lebih jelas).
GAMBAR LOGO HALAL YANG DIHARAMKAN
Lepas ni, kalau logo halal yang terpapar kat bungkusan makanan tu sama seperti logo-logo di atas atau bukan logo halal rasmi JAKIM, pandai-pandailah yer.
Kredit: www.zonbebas.com

Indonesia : Separuh Produk Halal Tidak Penuhi Piawaian

Separuh Produk Halal Tidak Penuhi Piawaian


Separuh Produk Halal Tidak Penuhi Ketentuan

Jakarta - Cukup mengejutkan memang karena hampir separuh dari produk yang beredar di Indonesia ternyata tidak memenuhi ketentuan dalam mencantumkan lebel halal. Hal tersebut diungkapkan oleh direktur LPPOM MUI baru-baru ini.

Setelah sekian lama akhirnya RUU Jaminan Produk Halal telah menemui titik terang. Oleh karena itu jangkauan RUU JPH yang terdiri dari tanggung jawab dan peran pemerintah dalam penentuan produk yang dijamin halal harus jelas. Termasuk pula peran masyarakat dan konsekuensi hukum terhadap pelaku usaha bila RUU JPH ini sudah resmi ditetapkan.

RUU JPH dinilai sangat penting karena hampir sebanyak 42,3% produk yang beredar di masyarakat tidak memenuhi ketentuan dalam mencantumkan label halal. Lukmanul Hakim, direktur LPPOM MUI mengemukakan fakta yang lebih mengejutkan bila ditambahkan sertifikat halal palsu atau tidak berlaku lagi mencapai 54,9 % dari produk yang beredar.

"Tidak memenuhi ketentuan berarti mereka mencantumkan label halal tapi tidak memiliki sertifikat halal atau tidak memiliki persetujuan pencantuman tulisan halal," terang Kustantinah selaku Kepala Badan Pengawas Obat dan Makanan dalam Rapat Dengar Pendapat (RDP) DPR Komisi VIII (8/2).

Lukman menambahkan, belum adanya penegakan huukum yang menimbulkan efek jera, intensitas sosialisasi oleh pemerintah yang belum memadai, dan masih sedikitnya subsidi oleh pemerintah kepada usaha kecil dan menengah untuk mensertifikasi halal merupakan penyebab tingkat pelanggaran tersebut masih tinggi.

"Yang penting disini adalah mandatory labelisasi, hal ini sangat penting untuk perlindungan konsumen. Dimana perusahaan yang sertifikasi halal wajib mencantumkan label halal dan produk yang jelas mengandung bahan tidak halal atau tidak mengajukan sertifikat halal harus mencantumkan secara jelas bahan-bahan yang digunakan dalam kemasannya,” tandas Lukmanul Hakim.

Diharapkan dengan disahkannya RUU JPH nantinya, pelanggaran dalam pencantuman lebel halal tersebut setidaknya dapat diminimalisir atau bahkan dihilangkan. Karena itu pentingnya Jaminan Produk Halal sudah sangat mendesak, tentunya pula dengan kerjasama serta dukungan antara pemerintah, LPPOM MUI dan masyarakat itu sendiri.

(Sumber: LPPOM MUI)

Friday, October 29, 2010

Jangan Beri Baby Anda Minum Air Kosong!


Bayi berusia dibawah enam bulan sebaiknya jangan pernah diberikan air untuk diminum. Demikian yang diingatkan oleh para ilmuwan dari John Hopkins Children’s Center di Baltimore, Amerika Serikat, kepada para orang tua. Mengonsumsi air terlalu banyak dapat meningkatkan kondisi yang berbahaya pada bayi, atau yang disebut sebagai intoksikasi air.
Menurut dr. Jennifer Anders, seorang ahli kegawatdaruratan anak dari John Hopkins Children’s Center, walaupun bayi sangat kecil, mereka memiliki refleks haus atau perangsang untuk minum. Ketika mereka merasa haus dan ingin minum, cairan yang diperlukan untuk diminum adalah air susu ibu atau susu formula.
Menurut Anders, ginjal bayi belum matang. Memberi mereka banyak air akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan natrium akibat kelebihan cairan. Kehilangan natrium dapat mempengaruhi aktivitas otak. Gejala awal dari intoksikasi air adalah iritabilitas (merengek-rengek), mengantuk, dan perubahan mental lainnya. Gejala lain yang dapat muncul adalah menurunnya suhu tubuh, edema atau bengkak disekitar wajah, dan kejang.
Gejala awal yang muncul memang terkadang kurang jelas, sehingga orang tua baru menyadari ketika bayi mereka kejang. Namun, dengan penanganan yang cepat, gejala kejang kemungkinan tidak akan muncul.
Orang tua juga sebaiknya menghindari pemberian susu formula dengan pengenceran yang berlebihan, atau minuman anak yang mengandung elektrolit.
Untuk beberapa kasus, mungkin tepat untuk memberikan air dalam jumlah kecil, misalnya dalam keadaan konstipasi dan pada saat cuaca panas. Namun sebaiknya orang tua mengonsultasikan hal tersebut dengan dokter ahli anak. Pemberian air pada bayi hanya diperbolehkan sebanyak satu hingga dua ons air pada setiap pemberiannya.
Apabila orang tua merasa bayi mereka mengalami intoksikasi air, atau ketika bayi mereka kejang, sebaiknya mereka segera memberikan perhatian secara medis.

Sumber - Liputan6

Saturday, October 23, 2010

Jemaah Haji Malaysia Menggunakan Vaksin Haram ?


Jemaah Haji Malaysia Menggunakan

Vaksin Haram ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.

Telah diketahui bahawa Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah Haji untuk menerima suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin, sewaktu menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Sebelum ini telah kita dengari keraguan timbul berkenaan asal usul vaksin terbabit, yang dikatakan dibuat melalui proses yang bercampur dengan sama ada unsur babi atau binatang-binatang lain yang tidak disembelih.

Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-


Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

Keterangan/Hujah:

1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.

2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.

3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.

4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.

5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.

6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.


Jelas dari kenyataan fatwa tersebut, masyarakat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan vaksin Mencevax dari keluaran GlaxoSmithKline (GSK). Walau berasal dari haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaannya dibenarkan kerana atas asas dua asas iaitu :-

  • Menurut point nombor 4 fatwa Malaysia di atas, ia dikatakan telah melalui proses istihalah atau transformasi, lalu bahan haiwan yang tidak sembelih itu telah hilang sifatnya kepada sifat yang baru.
  • Mungkin disebabkan ketiadaan pilihan atau alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Justeru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.

KAJIAN SEMULA DIPERLUKAN

Jika kedua-dua di atas menjadi sebab keharusan umat Islam untuk disuntik menggunakan vaksin Mencevax,keharusan yang diberi wajar itu dikaji semula khususnya di tahun 2010 ini. Ia berdasarkan dua sebab berikut :-

  1. Kajian terperinci dan audit telah dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia mendapati produk vaksin mencevax keluaran GSK terdapat unsur babi dilibatkan dalam pembuatannya, bukan sahaja lembu sebagaimana yang disebut dalam fatwa Malaysia. Vaksin MENCEVAX yang digunapakai oleh jemaah Haji dan Umrah Malaysia tersebut telah difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia pada 16 Julai 2010. (RUJUK FATWA LENGKAP).
  2. Tiada keterpaksaaan kerana telah terdapat vaksin yang seratus peratus halal dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Novartis dan Tian Yuana. Walaupun produk Tian Yuana tidak terdapat di Malaysia, namun product vaksin halal yang dikeluarkan oleh Novartis terdapat di pasaran Malaysia.
  3. Novartis disahkan mempunyai vaksin yang diiktiraf status halalnya dari peringkat pertumbuhan sehingga ke akhirnya. Menurut sumber Novartis mereka menyebut : “Melalui penelitian selama 20 tahun, perusahaan farmasi asal Swiss itu mengembangkan vaksin MEN-C/AC,Y, W-135. "Medium pengembangan vaksin yang kami gunakan dari gula kacang kedelai," demikian kata Head of Commercial Operations Novartis Indonesia Hanadi Setiarto di Jakarta, akhir pekan lalu. Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin meningitis yang mendapat sertifikasi halal dari Islamic Services of America (ISA), Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, dan Turki badan sertifikasi yang mendapat pengakuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) (rujuk) dan juga pengesahannya di sini
  4. Vaksin Mencevax keluaran GSK juga telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia sejak dua tahun lalu. Walaupun tidak terdapat kesan dan unsur babi tidak dapat dikesan di hujung proses pembuatannya, pihak Majlis Ulama Indonesia menegaskan, mereka mendapati unsur babi digunakan di peringkat pembenihan di awal proses pembuatan vaksin terbabit. Justeru, vaksin Mencevax terbabit telah tercemar dek kerana memanfaatkan bahagian dari khinzir.

Ketua Komisi Fatwa MUI, Dr KH Anwar Ibrahim mengatakan, “salah satu produsen yang telah diaudit adalah GlaxoSmithKline dari Belgia. Vaksin dari perusahaan tersebut dinyatakan haram kerana memakai unsur babi dalam media pertumbuhannya.”

KESIMPULAN

Majlis Ulama Indoensia terkenal dengan sifat dan kajian professional serta telus. Mereka juga dianggotai oleh sebilangan besar pakar Shari’ah berlatarbelakangkan gabungan kedua-dua aliran pengajian iaitu Universiti dan juga Pesantren. Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mereka mempunyai relvan dan kekeutaan tersendiri serta perlu diambil serius oleh semua Negara, dan Malaysia khususnya.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ibadah haji dan status kehalalan vaksin yang digunakan oleh setiap jemaah haji Malaysia, saya amat berharap pihak pengkaji JAKIM dan Majlis fatwa Kebangsaan dapat meneliti semula fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2002, kerana ia mungkin sudah tidak lagi boleh dipakai disebabkan penemuan baru dalam bidang vaksin tersebut. Kaedah Fiqh menegaskan

لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان

Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)

Vaksin alternative yang disahkan halal disemua peringkat pembenihan, penumbuhan dan vaksin siap itu boleh dibuka di sini. Ia bernama Menveo. Sila rujuk lanjut detail vaksin di http://menveo.com/

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Oktober 2010

Jemaah Haji Malaysia Menggunakan

Vaksin Haram ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts