Saturday, February 26, 2011

HEMPEDU ADA KERIKIL

Pengenalan

Hati menghasilkan hempedu, sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil (duodenum).

Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik, duktus hempedu biasa dan memasuki duodenum di mana ia akan memecahkan lemak yang ada dalam makanan.

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini mengambil masa selama beberapa tahun bermula dari saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir hingga sebesar bola golf. Permukaan batu tersebut ada yang licin dan ada yang tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Jenis-Jenis Batu Karang Hempedu
Batu karang hempedu berkolestrol – berwarna kuning. Mungkin juga ada bahan lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). 80% dari kes batu karang hempedu dari jenis ini.
Batu karang hempedu berpigmen – berwarna coklat gelap atau hitam. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah dan membentuk duktus sendiri. Jarang berlaku.

Simptom-Simptom
Rasa senak yang kronik dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen.
Kesakitan ini mungkin berlaku selama 1 hingga 2 jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.
Rasa sakit ini memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam.
Serangan bermula di bahagian tengah dan atas abdomen dan kadangkala menular ke belakang atau bahu kanan.
Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama 1 hari atau lebih.
3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan disertai dengan demam panas.

BATU KARANG HEMPEDU
Faktor-Faktor Risiko
Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun temurun. Ia mudah terjadi kepada golongan tertentu sepeti berikut:

Wanita di antara umor 20 dan 60 tahun berisiko 2 kali ganda lebih dari lelaki.
Mereka yang obes atau memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang tinggi.
Mereka yang mengambil diet yang rendah kalori dan cuba untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Keadaan ini akan menggangu sistem kimia tubuh dan menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut dan menghasilkan cecair dalam kuantiti yang tidak mencukupi.

Diagnos
Perubatan moden mengesan tanda-tanda kehadiran batu karang hempedu dengan ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer.

Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata dan memeriksa abdomen secara palpasi untuk melihat samada ia terasa sakit bila disentuh. Sekiranya didapati positif, pemeriksaan lanjutan ujian darah akan dilakukan untuk mengetahui tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan
Pembedahan – samada pembedahan kecil atau pembedahan terbuka.
Bukan pembedahan – samada dengan pengambilan pil garam hempedu untuk melarutkan batu-batu kolestrol yang kecil atau melalui terapi gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang.
*Nota – melalui cara rawatan di atas, kemungkinan untuk batu karang hempedu terjadi semula adalah tinggi sekiranya pesakit tidak mengambil ubat ursodial (pil garam hempedu) secara berterusan.

(petikan daripada ruangan kesihatan keluaran mingguan malaysia 12 november 2006 oleh shafinaz sheikh maznan dengan kerjasama dr abd hamid mat sain, pakar runding bedah am dan laparoskopik, columbiaasia medical centre, seremban, negri sembilan.

No comments:

Post a Comment

Hantar Aduan Muslim Disini

http://ho.lazada.com.my/SHEKdp

Popular Posts