Whooila.com | Khamis, 29 Julai 2010 | Banyak yang tidak mengetahui kandungan yang ada pada makanan yang sering kita makan, padahal banyak sekali makanan yang mempunyai kandungan zat yang berbahaya bagi tubuh dan yang lebih menarik adalah ternyata banyak sekali makanan yang mengandungi racun tetapi sering kita makan.Nah di bawah ini adalah racun tersembunyi pada makananan yang sering kita makan.
1. Tomato Banyak diantara kita yang tidak tahu bahawa tomato ternyata beracun. Walau buah tomatnya sendiri tidak beracun, tetapi daun dan ranting tanaman tomato mengandungi glycoalkaloid yang boleh mengakibatkan sakit perut dan gugup. Daun dan ranting tomato boleh digunakan dalam memasak, tetapi tidak boleh dimakan. Glycoalkaloid ini adalah racun yang kuat yang bahkan digunakan untuk mengawal pes.
2. Epal Epal sangatlah terkenal sebagai buah yang enak dan sihat tetapi tahukah anda bahawa epal mengandungi Cyanide / sianida, walaupun hanya dalam jumlah yang sedikit.Kandungan sianida ini terdapat di dalam biji epal. Walaupun memakan semua biji yang ada dalam 1 epal tidak akan mematikan, tetapi adalah sesuatu hal yang harus dijauhi.Kerana bila anda memakannya dalam jumlah tertentu, akan mengakibatkan komplikasi
3. Cheri Cheri adalah makanan yang boleh dimakan paling bervariasi. Boleh dimakan mentah, dibakar, dijadikan manisan, bahkan di dalam minuman keras. Walaupun Cheri terkenal enak, buah ini mengandungi racun hidrogen sianida. Kalau pip ceri ini terkunyah atau hancur secara tidak sengaja, ia akan mengeluarkan hidrogen sianida. Keracunan hidrogen sianida dalam dos kecil akan menyebabkan pusing, kebingungan, dan muntah. Keracunan dalam dos yang besar akan mengakibarkan kesulatan bernafas, kenaikan tekanan darah dan detak jantung, bahkan gagal ginjal yang boleh mengakibatkan koma dan juga kematian kerana saluran pernafasan.
4. Almond Walaupun orang menyebutnya kacang Almond sebenarnya adalah biji-bijian, yang sangat terkenal di dunia. Seperti hal nya Apel, Almond juga mengadung sianida.Almond ini sangat beracun bila tidak diproses di panas yang betul untuk mengeluarkan racun nya. Di banyak negara, Almond ini dilarang dijual sebelum diproses untuk mengeluarkan racun sianida darinya.
5. Kentang Pasti semua dari kita sudah pernah mendengar bahkan memakan kentang. Yang belum kita dengar mungkin adalah bahawa kentang ini beracun. Ranting dan daun bahkan kentang nya sendiri beracun. Kalau anda pernah perhatikan kentang lebih dekat, kemungkinan besar dari kita pernah melihat kentang yang agak kehijau-hijauan. Ini adalah disebabkan oleh racun glycoalkaloid. Dalam sejarah, kematian akibat kentang ini pernah terjadi walaupun jarang.
Kebanyakan adalah kerana meminum teh daun kentang atau memakan kentang yang kehijau-hijauan. Kematian ini tidak datang secara cepat dan mendadak, tetapi bisanya korban nya akan menjadi lemas dan kemudian jatuh koma. Oleh sebab itu, janganlah mengambil kentang yang mempunyai bulatan seperti bola mata hijau, kulit kehijau-hijauan, atau yang telah berakar. Buanglah kentang-kentang tersebut daripada menyajikannya.
6. CiliSepertinya tidak ada seorang pun diantara kita yang tidak pernah memakan cili.Apapun jenis cili tersebut (cabai rawit, keriting, hijau, dll) mengandungi bahan kimia yang disebut 'capsaicin'. Capsaicin inilah yang bikin cabai itu menjadi pedas. Kimia ini sangatlah keras di mana boleh digunakan untuk menghilangkan cat, bahkan digunakan sebagai "pepper spray" yang boleh membutakan mata. Capsaicin ini dimana dalam jumlah tertentu, akan menyebabkan kematian.
7. Kacang Mede Seperti halnya almond, kacang mede ini sebenarnya bukanlah kacang melainkan adalah biji-bijian. Pada saat anda membeli kacang mede yang mentah, sebenarnya kacang tersebut sudahlah tidak mentah tetapi sudah dikukus terlebih dahulu. Ini kerana, kacang ini mengandungi racun urushiol yang harus di kukus dulu untuk menghilangkan racun tersebut. Keracunan kacang mede ini sangat jarang, tetapi orang-orang yang bekerja di kilang untuk memisahkan kacang mede dari kulitnya kadang mengalami kesan sampingan yang disebabkan oleh racun urushiol.
8. Cendawan Ada sekitar 5000 jenis cendawan di Amerika dan sekitar 100 disebut beracun dan kurang dari sedozen adalah cendawan yang mematikan. Secara umum, cendawan boleh mengakibatkan gangguan gas dalam pencernaan usus bagi yang alergi terhadapnya.Karena banyaknya jenis cendawan yang ada didunia, sangatlah susah untuk mengetahui persis yang mana yg beracun. Pada dasarnya, cendawan yang tumbuh secara liar lebih mungkin beracun. Salah satu jenis cendawan yang paling beracun adalah "Alpha-amanitin", yang boleh merosakkan lever.
9. Ikan Buntal Ikan Buntal adalah veterbrata paling beracun kedua di dunia. Orang Korea dan Jepun paling suka memakan ikan ini. Ramai yang tidak tahu bahawa lever dari ikan ini adalah sangat beracun yang boleh menyebabkan kematian. Racun tersebut dikenali dengan nama 'tetrodotoxin' yang boleh menyebabkan darah tinggi, mati rasa yang dan 'paralysis urat' yang boleh menyebabkan kegagalan dalam bernafas dan kematian.
www.AstroDigi.com (Nino Guevara Ruwano)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://ho.lazada.com.my/SHEKdp
Popular Posts
-
Walaupun 25 tahun sudah berlalu dari tarikh info dibawah, namun yang pastinya kes-kes dan isu halal haram masih terus kekal membelengu umma...
-
Ubat gigi dari China yang ada bahan kimia merbahaya Baru-baru ini, “The U.S. Food and Drug Administration (FDA)” telah mengenalpasti empa...
-
Hati-hati dengan Bonjela Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan nasihat mengenai produk untuk ulser mulut yang mengandungi salicy...
-
· Hukum Talkin Kepada Mayat · Ajaran Pak Chu Bahrin · Ajaran Zamree B. Ab. Wahab · Ajaran Hj Banuar B. Roslan · Pindaan Fat...
-
Head Office REINSAN CENTRE (PUSAT PENGAJIAN ILMU ISLAM) NO 5 SRI KLEBANG, A-13 BANDAR BARU SRI KLEBANG 31200 CHEMOR, PERAK Tel : 05-291 4223...
-
PARAMARIA PLUS RAMUAN PARAMERIA L. (AKAR SERAPAT) ARDISIA CRISPA (HERBA MATA PELANDUK) MORINDA ELIPTICA (MENGKUDU HUTAN) LABISIA POTHONIA (H...
-
TAHUKAH ANDA BAGAIMANA BURGER, SOSEJ, MEATBALL DAN LAIN LAIN PRODUK MAKANAN BEKU SEJUK AYAM& DAGING LEMBU DIHASILKAN SECARA KOMERSIAL...
-
Ubat cirit-birit Imodium ada unsur babi Ubat cirit-birit Imodium disahkan mengandungi unsur babi. Gelatin yang digunakan untuk membuat kap...
-
Ops Filter Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM,...
No comments:
Post a Comment
Hantar Aduan Muslim Disini